Ahad, 11 Oktober 2009

Rakan Serumah dan Sepengajian (1996 - 1999)

KENANGAN SEMASA BELAJAR DI UNIVERSITI MALAYA
Dari kiri: Che Roslan Abd. Razak, Aku, Yusuf Mustaffa, Mohd Fuad Marzuki (Allahyarham), Prof. Dr Hashim Awang AR, Bahtiar Omar, Roslan Rasip, Azahar Sabir dan Shamsuddin Othman. Kecuali aku yang mengambil Pengajian Melayu, yang lain-lain di bawah Rancangan Bahasa Melayu. Gambar kenangan ini semasa Seminar Tradisi Lisan, 1999.

3 ulasan:

edolah berkata...

gambar kawe x ada kat sini..sbb kawe terasing dlm pengajian yg lain.. tapi kerap pun melepak di 'istana hinggap' kalian..juga al-Fatihah kpd sahabat kita yg telah berpergian, sdr ad marzuki (banyak kenangan dgn arwah)...

Abdul Rahman Sokran berkata...

Salam. Saya baru dapatkan "Konteks Sastera & Budaya Melayu" di Kedai Buku Koperasi UPM. Tahniah!. Saya dapatkan "Gaya Bahasa Kiasan: Penggunaan dan Keberkesanannya dalam Sajak" di kedai sama pada Jun, 2006. "Citra Takmilah: Analisis Terhadap Kumpulan Puisi Islam" pula saya dapatkan terus dari penulisnya semasa Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional 2006 di Costa Rica, Port Dickson pada 5/8/2006. Ingat tak?

NASSURY IBRAHIM berkata...

Terima kasih atas sokongan.