Sejak kecil anakku minat jadi guru. Apalagi dia bermain pondok-pondok, dia berlakon sebagai guru. Aku tentunya rasa bangga. Bersandarkan keputusan SPMnya tahun 2008, aku pun tolong mengisi Borang KPL-SPM bagi pihaknya. Aku mohon kursus kajian sosial sebab dia dari aliran elektrik di SK teknik. Bidang itulah yang dia layak. Apabila keputusan layak temu duga diumumkan, namanya tidak tersenarai. Ada tiga orang anak pensyarah di jabatanku tidak layak ditemu duga. Yang seorang lagi tak mahu buat rayuan. Merajuk. Satu salinan surat rayuan kami beri kepada pegawai BPG bahagian pengambilan melalui Tuan Pengarah (kebetulan dia datang ke IPGM), satu lagi kami beri kepada orang kuat BPG di tempat lama aku bertugas (dia memaklumkan sudah beri kepada pihak berkenaan) dan satu lagi kami hantar terus ke BPG. Malangnya, rayuan itupun tidak diterima. Terdetik rasa kecewa aku sebagai pensyarah di IPGM. Hatiku berkata, "telusnya BPG hingga anak kakitangan sendiri pun tidak dilayan, sedangkan dari segi akademik, dia layak." Mujur rayuan anak kawanku itu diterima. Pada 28 Jun, seorang kawan dari salah sebuah IPGM berkunjung ke IPGM aku. Kami berbasa-basi dan rupa-rupanya, nasib anaknya seperti anak aku juga. Rayuannya lagi hebat. Dia merayu melalui Dr Fuad Zakarsi (Timbalan Menteri Pelajaran), melalui Datin Asariah dan juga melalui pengarah IPGMnya sendiri. Malangnya, rayuannya juga gagal. Sekali lagi hati aku berkata, "Wah, hebat BPG! Anak kakitangannya pun tidak dilayan." Anak kawanku yang seorang itu dipanggil temu duga. Khabarnya ia layak dan markahnya pun tinggi. Anehnya, apabila keputusan keluar, tiada pula nama anaknya tersenarai untuk mendaftar. Sekali lagi dia membuat rayuan. Tak tahulah nasibnya. Pelajar KPL-SPM mula daftar sekitar 13 Julai. Setakat ini dia tiada terima apa-apa makluman. Barangkali bukan rezeki anak kami. Aku rasa amat kecewa kerana tidak dapat menolong anak sendiri. Khabarnya, di kementerian lain, mereka akan diberi peluang jika akademik anak kakitangannya layak. Beberapa hari lepas, dia dapat tawaran ke Politeknik dan UiTM. Namun, dia menolak kerana mahu menjadi guru. Kini, anakku belajar di tingkatan enam. Dia mahu mencuba melalui KPLI pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan