Isnin, 13 Julai 2009

Sisir Linggi

Aku menamakan ia sebagai Sisir Linggi sempena nama Kampung Pasir Linggi. Maksud sisir ialah sikat. Selain sisir, ada kalanya masyarakat Kelantan memanggil 'gerat.' Walau bagaimanapun, istilah 'gerat' lebih merujuk kepada gerat untuk mengumpul rumput yang dipotong. Sisir Linggi ini diperbuat daripada buluh dan digunakan oleh orang asli suku Batek di Kampung Lenggi (Linggi) Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan.

Wanita Batek di Kampung Pasir Linggi

Setelah rambut disikat, sisir itu akan dipacak pada rambut di bahagian belakang kepada, sebagaimana dipacak pada sanggul oleh kebanyakan wanita.



Sisir Linggi bersama bekas panah beracun


Sisir Linggi bersama panah beracun

1 ulasan:

NASSURY IBRAHIM berkata...

Sorry, I Can't read it. Satu saja yang dapat saya baca dan faham, iaitu "berkata ..."