Isnin, 13 Disember 2010

Belajar dari namewee - 2

Pada 30 Ogos 2010 saya mengeposkan satu entri ke dalam blog ini. judulnya, "Belajar dari Namewee." Dalam entri itu saya mengatakan bahawa dia seorang devian terhadap negara. Jika kerajaan tidak mengambil tindakan, bererti kerajaan 1 Malaysia menghalalkan tindakan devian Namewee. Rakyat boleh meteladaninya.

Pada 28 November 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Aziz, memaklumkan bahawa setelah berbincang dengan Jabatan Peguam Negara, didapati Namewee tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan tidak melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan.

Sikapnya menbunjukkan aksi lucah hanya terhadap seorang pengetua di Kulai. Sikap tunjuk aksi lucah ini, barangkali, bersamaan tindakan DS Adnan Yaacob (Menteri Besar Pahang) yang menunjukan aksi lucah semasa menghadiri hari penamaan calon bagi satu pilihan raya kecil. Adnan juga didapati tidak melakukan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang kerajaan Malaysia.

Rupa-rupanya melakukan aksi lucah tidak menjadi kesalahan di Malaysia.

Namun, Nazri sendiri mengatakan bahawa aksi lucah itu hanya salah di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Saya jadi keliru. Sekejap Nazri mengatakan perbuatan Namewee itu tidak melanggar undang-undang kerajaan, sekejap mengatakan ia salah di bawah SKMM. Apakah SKMM itu bukan undang-undang? Apakah SKMM itu hanya garis panduan pengguna internet? Siapakah penggubal SKMM dan di bawah negara mana? Apakah Malaysia mempunyai undang-undang 'double standart?" Apakah Malaysia ditadbir berasaskan citarasa pemimpin, bukannya undang-undang?

Lebih memeranjatkan lagi apabila Namewee diberikan keistimewaan pula dengan bebas berpakaian di kawasan parlimen yang dianggap mulia (?) dan bebas berpakaian berjumpa dengan menteri. Tidak cukup dengan itu, Nazri berjanji akan membantu Namewee berjumpa Perdana Menteri untuk mendapatkan dana bagi menghasilkan filem tentang 1 Malaysia. Wah, hebat sungguh Namewee!

Tentulah kita juga ingin menjadi hebat semacam Namewee. Untuk itu kita boleh meneladani Namewee.

Belajar daripada tindakan Namewee bererti, kerajaan 1 Malaysia melalui mulut Nazri Aziz, memberitahu bahawa (a) kita bebas melakukan aksi lucah (dalam internet dan luar internet) asalkan aksi lucah itu dituju kepada seseorang, bukannya kepada kerajaan; (b) bebas berpakaian di kawasan parlimen; (c) bebas berpakaian ketika jumpa menteri atau orang kenamaan; (d) boleh 'hina' imej negara dengan melakukan pengubahsuaian; (e) boleh hina sesiapa asalkan bukan politikus kerajaan; (f) negara Islam Malaysia membenarkan sesiapa menghina agama Islam; (g) anda boleh jadi 'penyangak' asalkan sokong kerajaan; (h) anda akan ditolongi untuk memudahkan urusan / birokrasi untuk berjumpa dengan Perdana Menteri; dan (i) anda mungkin akan diberi bantuan modal.

Namun perlu diingatkan juga bahawa keistimewaan ini kepada Namewee atau Wee Meng Chee. Kalau anda Mamat atau Mohammad, anda telah lama diberikan gelang tangan, bilik percuma dan bantuan makan. Mahukah anda hidup dalam sistem seperti ini?

5 ulasan:

Sham al-Johori berkata...

Salam sahabatku,
demo baru tahu ke sandiwara mereka? topeng yg mereka pakai lebih teruk daripada wajah kinzir.
Selepas ni nemewee akan terima biasiswa utk buat phd dlm bidang perfileman. Lepas tu dia akan buat filem yang lebih bijaksana dalam perkiraan umno. lepas tu, filem itu akan dinobatkan sebagai filem terbaik. lepas itu dia akan jadi hero dan ....

NASSURY IBRAHIM berkata...

Din, kalau macam bermakna 1M menipu rakyat. Aku cadang tajuk filem, "Bapa Hero Anak Penjahat."

NASSURY IBRAHIM berkata...

Hari ini, 16 Disember, sekali lagi Nazri menghina negara dan rakyat Malaysia.

MARSLI N.O berkata...

Helo Bro: Kira kita semua nak dijadikan macam lembula.Kira boleh senang nak cucuk hidung. Wa ingat kalau yang buat tu orang macam gua atau lu sendiri, bro, tentu dah lama dah kena.

Tapi skrang kan semua 1. 1 kepala mak pukemak dia agaknya.

MARSLI N.O

NASSURY IBRAHIM berkata...

Mungkinkah kita sedang membunuh bangsa sendiri? Atau, mungkin mereka agen Israel (didalangi Singa Pura-Pura) utk hancur Melayu Malaysia, utk Singa Pura-Pura meluaskan empayarnya?