Berselubung kain jilbab
dia datang kemas bergenggam
pisau fitnah
lalu ditikam abangnya
menggelupur pedih
di atas kerusi perdana
dia menjerit;
"Dengan pisau fitnah ini
tunggulah engkau rakyat
akan aku koyak-koyakkan
mukamu kainmu
selagi ketuanan ini
diselubungi
angin jahat."
12 DISEMBER 2010
3 ulasan:
salam cikgu,
Teruja membaca sajakmu. Meski politik kukira tetapi boleh juga untuk masalah rumahtangga!
Ke guane cikgu :)
Aduh cikgu, ibarat harimau. Sesekali menunjukkan taring, ia amat berbisa. Tajamnya sampai ke ulu hati!
satu lagi cikgu, maaf ya. Jilbat tu rasanya, jilbab ..
Terima kasih Abuyon
Catat Ulasan