Seorang pegawai polis menuju ke tempat orang awam yang sedang menyaksi kebakaran rumah kedai.
"Siapa bakar?" tanya pegawai polis itu. Namun, pertanyaan itu tidak mendapat jawapan.
"Siapa bakar?" pegawai polis itu mengulangi pertanyaannya. Matanya melilau-lilau ke arah orang awam.
Tiba-tiba ada seseorang menjawap, "Dia, Tuan," sambil tangannya menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri di tengah-tengah orang ramai itu. Pegawai polis itu terus menuju ke arah lelaki berkenaan.
"Awak bakar?" tanya pegawai polis itu kepada lelaki berkenaan.
"Ya, saya Bakar. Kenapa, Tuan?" kata lelaki itu.
Tanpa berlengah, pegawai polis itu terus memegang lelaki berkenaan. Lelaki itu meronta-ronta sambil bertanya, "Kenapa ni, Tuan? Kenapa ni, Tuan?"
Lelaki itu terus dimasukkan ke dalam trak dan terus bergerak diiringi kereta peronda, meninggalkan orang ramai terpinga-pinga.
"Kenapa Bakar ditangkap, Mat?" tanya Sudin, kawan Bakar.
"Entah!" balas mamat.
4 ulasan:
Miss communication!!!!!!
saman ekor kan baru tahu
Cikgu, sesekali pandai juga ya kecindan!
Nombor ekor kegemaran penjudi, saman ekor kegemaran polis, berkecindan itu hiburan setelah nombor kecundang dan menerima saman ekor.
Catat Ulasan