Berkata Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar (maaf, saya tak pernah baca buku tulisan beliau), martabat dan kedaulatan raja-raja Melayu perlu diperkukuhkan dengan mengembalikan imuniti atau kekebalan raja-raja (Mingguan Malaysia, 5 Disember 2010).
Semalam saya bermimpi bertemu Cheng Ho. Dia bertanyakan kepada saya:
- Siapakah yang tarik imuniti maharaja?
- Kenapa baru sekarang bercakap tentang imuniti maharaja?
- Apakah imuniti maharaja boleh memartabatkan orang Melayu?
- Mengapa maharaja anda tiada martabat sebagaimana maharaja China?
- Ada sesiapa kenal Mahadzir Mammad dan Shaiban Kasem?
Saya tidak tahu apa jawapannya. Saya hanya jawap soalan no. 4 saja, "Sebab negara ambo hanya ada raja, negara tuan hamba ada maharaja."
"Oooo ... begitu," katanya. Tiba-tiba dia bertanya lagi.
"Apakah maksud 'tuan hamba'?"
"Eerr, errr. Mungkin tuan jadi hamba kot. err..er... entahlah," kata saya ragu-ragu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan