Dam! bunyi meja Prof. Ahmad Pengalaman.
Serentak itu juga tersambut "keok! keat!" bunyi kerusi peserta. Ada yang terduduk jatuh di lantai. Ada yang terkangkang menahan kerusi daripada jatuh. Dan, ada yang terpelanting pen di tangan, jatuh terpacak atas kepala rakan di sebelahnya. "Aduh!" kata rakannya itu.
Tidak kurang juga yang terbunyi "hah!" Semuanya gara-gara terkejut mendengar bunyi tumbukan meja oleh tangan Prof. Ahmad Pengalaman. Mukanya macam udang disambar api.
"Saya kata mesti viva. Viva. Ini Kajian, mesti viva. Kita mahu melahirkan pelajar bertaraf dunia," tegas Prof Ahmad Pengalaman. Matanya menyala-nyala memandang En. Sahih yang tidak bersetuju dengan cadangannya.
Semua hadirin tunduk. Dua tangan tergenggam di celah kangkang bak memekuk telur. Tidak ada seorang pun yang berani angkat muka, apalagi bersuara.
.............. ruang ............. mesyuarat ................ sunyi ................ macam .................... bilik .......................... berkunci.......................
"Ya, saya setuju," sahut Dr. Bongek, tiba-tiba. "Cadangan Prof. Ahmad Pengalaman itu bagus. Sesuai dengan usaha kita melahirkan pelajar bertaraf dunia," tegas Dr. Bongek lagi.
"Encik Sahih, berikan tiga alasan mengapakah viva tidak perlu?" tegas Prof. Ahmad Pengalaman sambil menunding jari. "Baharu setahun jagung jadi pensyarah sudah mahu komplen!" gerutu Prof. Ahmad Pengalaman, antara dengar dengan tidak.
Encik Sahih diam.
"Saya juga ingin mengetahuinya," kata Dr. Bongek. Matanya memandang tepat ke arah Encik Sahih.
"Ya," sambut Prof. Ahmad Pengalaman. "Jangan pandai membantah sahaja."
Encik Sahih masih diam. Beberapa pasang mata mendonggak menjeling ke arah Encik Sahih.
"Ya, mengapa awak tidak bersetuju, Encik Sahih?"
"Maafkan saya Prof., kiranya cadangan saya itu salah," perlahan sahaja suara Encik Sahih.
"Tak apa. Tak apa. Teruskan. Saya mahu tahu alasannya."
Dengan bahasa yang amat sopan, Encik Sahih memberikan alasan akan sebab dia tidak bersetuju kajian para pelajar divivakan. Tegas Encik Sahih, dia tidak bersetuju kerana;
(a) bukan kelaziman mana-mana universiti menvivakan kajian pelajar peringkat ijazah pertama, kecuali kajian itu didapati sangat cemerlang dan mungkin dicadang dibentangkan dalam seminar peringkat antarabangsa;
(b) kajian berkenaan merupakan kajian tindakan sahaja yang dilaksanakan dalam masa yang sangat terhad dan respoden juga sangat kecil. Kajian ini lebih bersifat untuk mengatasi masalah segera;
(c) panel viva itu terdiri daripada pakar yang bukan dalam bidang kajian pelajar berkenaan, dan dari jabatan lain.
"Ahhh, Kalau itu alasan, saya tidak terima. Viva tetap diteruskan. Kita mahu melahirkan pelajar bertaraf dunia!" tegas Prof. Ahmad Pengalaman, lalu melangkah keluar.
2 ulasan:
hendak buat mcm mana..kita hnya menurut perintah..nak ckp lebih2 xdak surat lantikan xdak gelaran2 dunia..dunia2..
Aku fikir, kepala lutut mereka ini lebih besar daripada kepala otak
Catat Ulasan