Tahniah DBP dan pihak SUK negeri Kelantan yang menganjurkan BBK 2010 peringkat negeri Kelantan. Ini bukan kali pertama kerjasama sebegini dihulurkan oleh kedua-dua pihak kerana pada tahun lepas (2009) pun berlangsung dengan meriah.
Pada tahun lepas BBK dirasmikan oleh Menteri Besar, TG Dato' Nik Aziz. Tahun ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar pula.
Kalau tahun lepas Prof. Dr Teo yang jadi pemidato. Pada tahun ini, Prof. Emi. Dr Nik Safiah pula jadi pemidato. Kandungan pemidato kedua-duanya amat menarik. Prof. Teo mendedahkan citra bahasa semasa dalam kalangan masyarakat. Manakala, Dr Nik Safiah menjelaskan perihal jenama bahasa Melayu yang sering dikelirukan dengan bahasa Malaysia.
Sebenarnya istilah bahasa Malaysia tidak perlu. Tidak ada dalam sejarah bahawa bahasa dinamakan sempena nama negara. Hanya mereka yang ada muslihat politik dan kurang faham melakukannya. Mereka lupa undang-undang yang digubalkan. Lantas, mereka sendiri melanggarnya. Mereka lupa bahawa bahasa identiti negara. Oleh sebab itu, mereka 'memperkosakannya.' Inilah pengkhianat bahasa Melayu.
Kalau bahasa dinamakan sempena nama negara, makan akan kacau bahasa itu. Katakan Kerajaan Burma menamakan bahasanya sebagai Bahasa Burma. Apabila nama negara Burma ditukar kepada Miaymar, maka istilah Bahasa Burma juga akan ditukar kepada Bahasa Miaymar. Katakan, nama Miaymar akan ditukar sekali lagi, maka akan bertukar lagi nama bahasanya. Kalau demikian, di manakah hebatnya bangsa mereka?
Memang susah berurusan dengan orang berkuasa yang tidak reti bahasa.

Ada beza bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia. Nanti akan saya jelaskan.
1 ulasan:
ya, sila jelaskan cikgu biar mereka faham!
Catat Ulasan