Rabu, 20 Oktober 2010

Sesi Bersama Penulis

Pusat Sumber, IPG Kampus Kota Bharu menganjurkan Sesi Bersama Penulis Maniyamin Ibrahim bertempat di Ruang Legar Pusat Sumber. 

Sesi yang diadakan sepanjang 26 September - 15 Oktober 2010 menyediakan ruang untuk berbincang dengan penulis dan menatap hasil penulisannya.

Acara pameran kemudian dilanjutkan oleh Jabatan Pengajian Melayu sehingga 31 Oktober 2010.


Sebahagian hasil-hasil karya Maniyamin Ibrahim

Maniyamin Ibrahim merupakan kakitangan Jabatan Pengajian Melayu, menulis dalam pelbagai genre kesusasteraan seperti sajak, cerpen dan esei kritikan.

Tujuan sesi dan pameran untuk mendedahkan kepada warga IPG-KKB tentang cara dan teknik penulisan yang betul dalam menghasilkan sesuatu karya atau penulisan.  

2 ulasan:

Mohamad Syafie Samsir berkata...

Salam En.Nassury saya suka baca karya encik yang bertajuk Di Rumah Wiramal. Saya ada juga mencuba mengasah bakat menulis di laman blog saya. Kalau tidak keberatan encik boleh tolong berikan kritikan sastera kepada karya saya. http://syafieroad.blogspot.com/

NASSURY IBRAHIM berkata...

Terima kasih atas perhatian dan minat tersebut. saya paut blog itu di blog saya.