Isnin, 27 September 2010

Wah, Bagusnya! Apa yang Bagus?

Seorang kawan lama bertanya, "Engkau kerja di mana?" "Di IPG," jawab aku. "Wah, bagusnya!" katanya, dalam senyum mesra. Entah ikhlas entah tidak. Aku membalas, "Apa yang bagusnya?" "Yalah. IPG mahu bertaraf dunia dan melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia?" "Begitulah harapan saya," kataku.

Dia bertanya lagi, "Kenalkah Prof. Ahmad Pengalaman?" Kataku, "Siapa tidak kenal."



Memang IPG bercita-cita bertaraf dunia. Satu impian yang sangat baik dan membanggakan. Namun perlu juga ingat, IPG ialah anak BPG. BPG terkenal dengan borek daripada jabatannya. 
Setelah beberapa bulan bergelar IPG, sudah nampak borek BPG. Misalnya, beberapa minggu lepas mereka minta dihantar laporan MBM, sedang laporan yang sama itu telah dua kali dihantar. Satu dihantar dengan pos. Satu lagi dihantar dengan tangan. Masih minta juga. Itu borek BPG. Orang kata, pegawai BPG kumpul kertas mahu jual kertas. Maklumlah, hidup di tempat berkos tinggi.

Mereka minta semua IPG bina soalan setiap kertas yang ada di tempatnya. Bayangkan, ada 28 IPG. Setiap IPG ada 20 kertas untuk 20 subjek. Sedangkan, yang hendak digunakan hanya satu kertas soalan untuk semua IPG bagi satu subjek. Akan ke mana 19 kertas soalan lagi? Sebelum ini BPG hanya minta dua atau tiga IPG bina satu kertas soalan bagi satu subjek. Kemudian, kertas itu akan dinilai dan dipilih satu sahaja untuk dilaksanakan. Lebih jimat dan nampaknya lebih cerdik, walaupun masih borek.

Borek itu diwarisi oleh IPG. Pegawai IPG juga bekas pegawai BPG, maka tidak hairanlah. 

IPG ramai doktor ramai 'profesor' tetapi doktor borek dan 'profesor' borek.

Sebagai ketua, Dr. Haili Dolhan perlu tangani pemasalahan ini segera, agar sesuai dengan hasrat bertaraf dunia.

Kalau minta maklumat, hari itu juga minta dihantar. Ada kalanya, tarikh tutup hantar maklumat sudah seminggu, surat permintaan baharu sampai. Ini perangai BPG, yang nampaknya sedang dibawa ke IPG.

Cita-cita bertaraf dunia itu memang bagus. Yang tidak bagus ialah pelaksanaannya. Selalu tergesa-gesa, dan bodoh sombong. Sukatan pelajaran juga huru-hara, tidak berfokus dan langsung tidak menampakkan kecerdikan. Otak berkarat. Harapkan usia saja tua. DG54, DG52, tetapi kerja taraf DG00. Sebab itu sukatan selalu diubah-ubah. Belum dilaksana, telah diubah. Apabila ditegur, mereka sindir maxcam-macam. Lagaknya macam profesor.  Tetapi, jika tidak ditegur nampak macam kerja orang gila.

Aku pernah tengok. Nama kertas, misalnya, "Sintaksis." Senarai rujukan pada sukatan Kertas Sintaksis itu ialah semuanya buku penilaian. Itu pakar bahasa BPG yang merangkanya.

Setelah empat tahun program kursus berjalan, baharu nak minta kelulusan MQA. 

Aku berpendapat, selagi kumpulan berkarat masih di IPG, jangan harap IPG akan bertaraf dunia. Tak kiralah, kumpulan berkarat itu bergelar doktor ke, doktorandus ke atau Bahagian AM (BA).

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

REALIALISTIK........berani kerana benar. Tahniah

abuyon berkata...

Biasa jadi begitu sebab kerja
tak ikhlas, tak merasakan
ibadah

NASSURY IBRAHIM berkata...

Mereka miskin kemurnian ilmu. Gemar acara plastik gelenyar - bunyi bising tetapi tidak tahan lama.

benuasuluk berkata...

Bisa benar Prof. Ahmad Pengalaman; semua orang kenal dia!

Nizam Dungun bekas junior kat IPSI berkata...

Sebenarnya sikap borek itu ada di mana-mana institusi, hatta di sekolah rendah. Laporan murid miskin telah dihantar ke JPN melalui saluran global iaitu penggunaan internet. Akhirnya, selang beberapa ketika sampai surat drp JPN meminta pihak sekolah menghantar murid miskin. Abis tu, yg hantar dulu buat apa? Kalau nak buat penilaian apa-apa, mesti disediakan pelaporan yang aneh-aneh. Ntah apa-apa?

NASSURY IBRAHIM berkata...

Ada setengah JPN sudah jadi Jabatan Politik egara. Entahlah, apa nak jadi dengan JPN sekarang.