Ahad, 7 November 2010

Bahasa Malaysia Bahasa Rojak

Istilah bahasa Malaysia (bM) lahir pada zaman moden, iaitu zaman setelah wujud negara Malaysia. Malaysia lahir pada 16 September 1963. Namun, pada masa ini masih digunakan istilah bahasa Melayu (BM). Hal ini kerana sememangnya gelaran tersebut ialah BM.

Kelahiran istilah bM ada kaitan dengan inspirasi negara Malaysia, khususnya Perikatan. Hal ini pula berkaitan dengan peristiwa hitam negara, iaitu Peristiwa 13 Mei 1969 (P13). Selepas P13, kerajaan Perikatan mula mengisytiharkan perubahan nama daripada BM kepada bM. Hanya satu sahaja tujuan besar perubahan itu iaitu demi untuk mencapai perpaduan antara kaum di Malaysia.

Dikatakan bahawa orang-orang bukan Melayu, khususnya orang Cina tidak mahu menggunakan BM (dan segala yang ada nama Melayu) dan tidak menerima BM. Sebagai kerajaan yang masih rapuh dan 'kemiskinan minda dan jati bangsa Melayu,' penolakan itu merisaukan para pemimpinnya kerana bimbang akan menjejaskan kuasa dan kehilangan kuasa pemerintah. Justeru, dipilih satu jalan selamat dengan cara mengorbankan jati bangsa. Oleh sebab atas alasan perpaduan, maka masyarakat Melayu menerimanya. Ertinya, peribumi dan pemimpin peribumi pada masa itu tunduk kepada desakan kaum pendatang yang lahir bukan di Tanah Melayu.

Sekitar awal tahun 1990-an, nama BM telah dikembalikan dan BM diletakkan pada martabat yang sebenar. Nilai bangsa dan bahasa berdaulat telah dikembalikan. Tidak ada bantahan daripada kaum lain yang lahir di bumi Malaysia kerana mereka sedar hakikat dan nilai BM.

Namun begitu, kemuliaan BM tidak bertahan lama. Nasib malang menimpa BM kerana dimiliki oleh bangsa yang kental dengan jiwa hamba. Rasa tidak yakin akan kemampuan BM begitu menebal di hati pemimpinnya. Detik hitam pertama diterima daripada mulut Datuk Sri Najib (Menteri Pelajaran) yang 'merampas' kuasa BM sebagai pengantar ilmu tinggi kepada pelajar asing yang belajar di universiti-universiti di Malaysia. Perampasan kuasa BM itu dilakukan melalui Akta Pendidikan 1996.

Ketempangan BM diperlengkapkan lagi oleh Datuk Sri Dr. Mahathir yang 'mengulingkan' BM sebagai pengantar dalam bidang Sains dan Matematik, bukan sahaja di peringkat universiti, malahan sampai di peringkat sekolah rendah. Tragedi hitam ini berlaku sekitar akhir tahun 1990-an dan dinamakan PPSMI.

Inspirasi terjajah ini diterjemahkan oleh bangsa terjajah dengan cara memperluaskan perana bahasa Inggeris hingga merentas bacaan doa selamat oleh murid, juga pelaksanaan pengajaran kesusasteraan Melayu menggunakan bahasa Inggeris di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tidak ada pelajar asing dalam kuliah berkenaan. 

Nasib yang menimpa BM ini dapat diibaratkan, sudah jatuh ditimpa tangga, terpetat pula tahi ayam mone.

BM yang sudah hilang kuasa pemerintahan sebagai pengantar ilmu tinggi dan ilmu rendah dalam bidang teknikal, terus dilucutkan kerakyatan apabila  pada awal tahun 2000-an, dalam suasana hangat bangsa terjajah menyambut perayaannya, Datuk Sri Najib memasyhurkan bM menggantikan BM. Alasan yang diberikan juga adalah sama dengan perubahan BM pada kali pertama, iaitu demi mencapai perpaduan. Walaupun kalangan rakyat tidak dapat mengetahui desakan akan perubahan itu, namun dapat ditafsirkan bahawa perubahan itu untuk menarik orang bukan Melayu agar menyokong Barisan Nasional. Hal ini kerana Barisan Nasional menerima musibah pada akhir tahun 1990-an. Ramai rakyat hilang kepercayaan terhadap sesetengah pemimpin Barisan Nasional.

Pemasyhuran itu berkuatkuasa sehingga hari ini.

Apakah maksud bM?

Sebelum menjawab pertanyaan itu, ada baiknya ditinjau tentang bahasa Indonesia (bI), yang mungkin menjadi penanda aras tercipta dan terilhamnya bM pada kali kedua.

Secara ringkas, bI merupakan juga BM. Tidak ada bahasa Indonesia yang sebenar sebagaimana tidak ada bahasa Malaysia. Sebelum merdeka, pemuda Indonesia mencari satu identiti bahasa untuk negara mereka. Mereka tidak mahu menggunakan istilah "bahasa Melayu" yang telah lama digunakan kerana tidak mahu dianggap dipengaruhi etnik Melayu. Walaupun Bahasa Melayu Kuno banyak ditemui di Indonesia, taraf BM sebagai lingua franca terserlah digunakan dan menjadi identiti rakyat Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. BM sudah sinonim dengan orang Melayu di Tanah Melayu. Jika diambil istilah BM sebagai bahasa Indonesia, seolah-olah meletakkan Indonesia di bawah bayang-bayang Tanah Melayu (Malaysia). Justeru, mungkin sebab itu Sumpah Pemuda 1928 menolak BM. BM telah lama digunakan di Indonesia, dari Acheh di Utara hingga Riau di tengah Sumatera. Di Indonesia terdapat banyak etnik, sudah tentu setiap etnik mahu menggunakan bahasa sendiri sebagai bahasa rasmi Indonesia. Hal ini tidak mungkin dapat dilaksanakan demi perpaduan rakyat. Etnik paling dominan menguasai Indonesia ialah etnik Jawa. Tidak mungkin orang Jawa membenarkan Indonesia menggunakan bahasa baru dari etnik lain. Tambahan pula tidak semua rakyat Indonesia menguasai bahasa etnik lain. 

Walaupun etnik Jawa menguasai Indonesia, namun bahasa Jawa mempunyai bentuk bahasa yang berbeza dan tingkat-tingkatnya tersendiri. Tiga bentuk bahasa Jawa ialah Inggil, Kromo, Madyo dan Ngoko. Setiap satu bentuk bahasa Jawa mempunyai pembendaharaan kata yang berlainan dan tidak petah difahami oleh masyarakat Jawa dari kelas lain. Orang Jawa kelas Santri tidak mendampingi pertuturan masyarakat Jawa dari kelas abangan. Orang Jawa bawahan menggunakan bahasa Jawa Ngoko. Pertuturannya tidak dapat dihayati sepenuhnya oleh orang Jawa kelas bangsawan yang menggunakan bentuk bahasa Jawa jenis Kromo Inggil. Mungkin oleh sebab itu, atau mungkin oleh sebab perbezaan status sosial dan kekangan daripada etnik lain, maka bahasa Jawa juga tidak sesuai dijadikan bahasa rasmi Indonesia.  Justeru, mereka terpaksa memilih bahasa yang telah mantap digunakan sebagai bI. Barangkali, untuk menghindarkan daripada dikatakan mengambil BM atau berada di bawah bayangan Melayu, maka mereka menukarkan istilah daripada BM kepada bI, dan menggunakan laras sebutan bahasa Jawa.

BM ialah bahasa ibunda kepada orang Melayu. Ia bahasa azali yang lahir bersamaan dengan bangsa Melayu. Tuhan Allah yang menciptakan BM untuk orang Melayu. Orang Melayu patut berbangga dengan BM. Sesungguhnya, Tuhan Allah lebih mengetahui akan maju dan mundurnya bangsa Melayu menggunakan bahasa Melayu

Taraf BM adalah tinggi. Ia telah terbukti menjadi bahasa ilmu sejak berzaman lamanya. Sudah ramai cendekiawan lahir hasil daripada asuhan menggunakan BM. Ulama-ulama zaman silam menimba, menyebar dan mencerna ilmu dengan menggunakan BM. Banyak kitab-kitab dihasilkan menggunakan BM. Ilmunya pula adalah pelbagai bidang, daripada ilmu kemasyarakatan hingga sains.

Pada zaman penjajahan, BM digunakan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun berhubung dengan Raja Portugis. Segala maklumat dan mesej disampaikan dalam BM dan diterima baik oleh para penjajah, termasuk maharajanya.

Dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka, BM digunakan dalam semua urusan pedagangan dan diplomatik. Sama ada pedagang itu datang daripada Nusantara mahupun Barat. Pedagang Itali, Antonio Pigaffeta misalnya, datang berdagang di Melaka dan Asia Tenggara, telah mencatatkan beberapa perkataan BM. Perkataan itu diterbitkan di Itali dengan nama Daftar Kata Bahasa Melayu Pigaffeta.

Dari usaha Pigaffeta, BM terus merebak ke Russia. Sehingga kini, tidak kurang 10 orang warga Russia yang mahir dan pakar dalam BM. Dr. Victor Pagadaev pernah mencatatkan bahawa BM merupakan satu-satunya bahasa paling indah di dunia. Manakala, James T. Collins menganggap BM merupakan bahasa dunia.

Selain urusan diplomatik dan perdagangan, BM juga mampu menjadi bahasa pengantar ilmu-ilmu agama. Pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka, BM menjadi bahasa penyebar ilmu agama Hindu-Buddha. I-Shing dari China datang ke Tanah Melayu belajar agama Buddha menggunakan BM. Setelah kedatangan Islam, bahasa Melayu turut berperanan menyebarkan agama Islam. Para ulama, dari dahulu hingga kini, menyebarkan ilmu agama Islam menggunakan BM. Setelah merdeka, BM terus berperanan menjadi bahasa ilmu, sama ada ilmu kemasyarakatan mahupun ilmu Sains. Ramai doktor keluaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah hasil daripada penyebaran ilmu menggunakan BM. Justeru, BM ialah bahasa yang suci. Suci kerana menjadi bahasa pengantar dalam bidang agama dan pelbagai ilmu. Suci kerana BM tidak bercampur-gaul dengan bahasa lain yang digunakan sewenangnya. BM digunakan selengkapnya sebagai BM, walaupun BM turut diwarnai oleh bahasa-bahasa asing. Tidak ada bahasa moden di dunia ini yang tidak menyerap bahasa asing bagi melengkapkan bahasa mereka. Suci kerana sebenarnya BM bukan 'separuh ular separuh belut.'

Penyerapan bahasa asing adalah penting. Ia telah ditegaskan lebih awal oleh Allah dalam firmannya. Allah menegaskan bahawa Dia mencipta manusia adalah bersuku-suku dan meminta manusia saling berhubungan antara satu suku dengan satu suku yang lain. Tiada sesuatu istilah dalam bahasa ibunda disebabkan tiada benda berkenaan dalam masyarakat berkenaan. Setiap bahasa lahir setelah ada objeknya. Allah sendiri mencipta Nabi Adam terlebih dahulu, barulah diperkenalkan nama-nama benda kepada Nabi Adam. Kita sendiripun mencari nama-nama sesuai untuk anak setelah isteri hamil. Kita mendaftar nama anak setelah anak itu lahir. Kita menyerap istilah 'komputer' kerana komputer bukan hasil ciptaan masyarakat kita. BLahasa Inggeris menyerap istilah 'gobek' atau 'durian' dari bahasa Melayu kerana tidak ada objek berkenaan dalam masyarakat mereka. Hal inilah menuntut kita berhubung dengan suku-suku kaum lain, bagi saling melengkapi.

Hal ini tidak demikian bagi BM. Ada perbezaan antara BM dengan bI. Untuk mengetahui perbezaannya, dan apakah maksud BM, eloklah kita memahami negara Malaysia itu sendiri.

BM lahir setelah lahirnya negara Malaysia. Nama Malaysia ditukarkan setelah enam tahun Tanah Melayu merdeka. Apakah sebab pertukaran nama tersebut? Pertukaran nama negara ada kaitan juga dengan penduduk Tanah Melayu ketika itu. Setelah merdeka, Tanah Melayu mempunyai pelbagai etnik, sama ada etnik dari Kepulauan Melayu mahupun etnik pendatang. Yang paling kuat mendesak perubahan nama ialah datang daripada etnik pendatang.

Ada tiga kumpulan etnik terbesar di Malaysia. Yang sering disebut-sebutkan ialah etnik Melayu diikuti etnik Cina dan India. Di samping itu, terdapat etnik Singh, Siam, Minangkabau, Jawa, Melanau, Bisayuh, Khadazan-Dusun dan sebagainya. Kepelbagaian etnik ini menjadi lambang dan identiti negara Malaysia. Apabila disebut Malaysia akan terangkum pelbagai etnik yang menjadi warganegaranya.

Kesan kepelbagaian etnik itu maka wujud pula kepelbagaian makanan. Daripada orang Cina kedapatan makanan jenis mee, seperti bihun, kueh teaw, taucu dan sebagainya. Daripada orang India kedapatan makanan seperti roti, kari, dan sebagainya. Semuanya itu dinamakan makanan Malaysia.

Dari segi pakaian juga demikian. Baju Melayu adalah gabungan daripada bentuk baju kepunyaan orang Melayu yang digabungkan baju leher Cina yang dinamakan cekak musam. Pakaian rakyat Malaysia sekarang ini pula pelbagai feksyen yang diserapkan daripada identiti Cina, India, Nusantara, Arab dan Barat. Ia dinamakan pakaian Malaysia. Baju batik misalnya adalah hasil gabungan feksyen Melayu (corak) dengan potongan Barat (kemeja).

Ada banyak lagi aspek yang boleh dicontohkan sebagai lambang identiti Malaysia, bukannya Tanah Melayu atau lambang identiti Melayu. Demikian juga dalam aspek bahasa. Apabila disebut BM, ia merujuk sepenuhnya BM. Namun, apabila disebutkan BM, ia merujuk kepada identiti negara Malaysia. Negara Malaysia menyerap identiti pelbagai etnik yang ada dalam negaranya sebagai identiti Malaysia. Justeru, BM adalah bahasa yang menyerapkan pelbagai bahasa dari pelbagai etnik yang ada di Malaysia. Penyerapan itu hadir dalam satu frasa, atau satu ayat atau dalam satu wacana. Misalnya,


    1. Engkau cuba test mentor itu.
    2. I seronok dengar cerita you
    3. You go to market dan beli beras, gula, bawang.
    4. Lu punya lumah ada besaq.
Berdasarkan contoh di atas, tentunya bahasa Malaysia bukanlah bahasa beraras tinggi atau bahasa bertamadun. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang bersifat 'separuh ular dan separuh belut' sebagaimana dilabelkan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Bahasa yang paling buruk di dunia dan tidak langsung boleh dijadikan bahasa ilmu. Adalah teledor bagi mereka yang mendaulatkan bahasa Malaysia.

Sebenarnya bahasa Malaysia adalah bahasa politik. Sebagaimana buruknya politik, demikian buruknya bahasa Malaysia. Sebagaimandan politik tidak memartabatkan kemuliaan, demikian BM tidak memartabatkan maruah, kesucian, kesucian dan kemuliaan. Mahukah anda terus berbahasa Malaysia? 

Bahasa Malaysia lahir buat pertama kalinya setelah berlaku P13. Ini satu peristiwa penting dan wajar berlaku kerana banyak memberi pengajaran kepada pemerintah. Namun, terdapat juga kekhilafan apabila kesucian istilah BM dinodai. Atas alasan demi perpaduan maka istilah BM ditukarkan kepada istilah BM. Perubahan yang sangat tidak wajar itu sepatutnya tidak berlaku di sebuah negara berdaulat. Apalagi, alasannya yang 'tunduk' kepada bangsa pendatang. Dengan 'tundukan' itu memberi isyarat bahawa bangsa pemerintah adalah lemah.

Setelah lebih 20 tahun dan masyarakat kembali bercantum, maka kesucian BM kembali ke asalnya. Namun, tanpa diduga, dalam tahun 2000-an, istilah itu kembali ternoda. Alasan yang diberikan juga adalah sama, iaitu demi perpaduan. Sedangkan, perpaduan dalam kalangan rakyat tidak menghadapi masalah. Yang kelihatan bermasalahan ialah kalangan pemimpin Melayu dari UMNO dan serpihannya, Partai Keadilan. Perubahan itu, pada saya, adalah mengada-ada, bak kata perpatah, 'hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong.' Hal ini terbukti apabila pilihan raya umum 2008, perpaduan yang diharapkan oleh 'penoda' tidak demikian. Malah, partai pemerintah telah kehilangan empat negeri menyusur negeri Kelantan. Ketidakseriusan pihak berkuasa mempertahan kesucian BM menyebabkan BM jadi BM, suatu bahasa bercampur-aduk, tidak berdisiplin dan rapuh kebangsaannya.

Sebagai bangsa bermaruah dan berdaulat, anda harus tahu perbezaan antara BM dengan bM. BM merupakan bahasa beraras tinggi, bertamadun dan bermaruah. Manakala, bahasa Malaysia ialah bahasa rojak, beraras rendah, bukan bahasa ilmu, jauh daripada bahasa bermaruah dan bertamadun. Ia hanya milik kumpulan partai tertentu sahaja dan digerakan oleh orang atau bangsa yang juga tidak bermaruah.
  

4 ulasan:

baron_indonesia berkata...

SEJARAH RINGKAS BAHASA INDONESIA [1/2]

Ketika Anda melakukan tinjauan tentang Bahasa Indonesia, Anda telah melakukan fitnah atau setidaknya kesalahan-kesalahan yang perlu diperbaiki. Mohon maaf bilamana Anda tidak berkenan.

Pertama, asal-usul Bahasa Melayu Riau disebut sebagai Bahasa Indonesia tidak ada hubungannya sama sekali dengan penolakan Semenanjung Malaya bergabung dengan Republik Indonesia [1945]. Bangsa dan Bahasa Indonesia sudah dinyatakan dan disumpahkan untuk wujud jauh sebelum Negara Republik Indonesia terbentuk hingga sekarang. Pada 28 Oktober 1928, pemuda-pemudi di seluruh Hindia Belanda [termasuk etnis Cina] berkumpul di Batavia, dan menghasilkan satu tekad yang selanjutnya disebut Sumpah Pemuda dengan butir-butir sebagai berikut :

Pertama
Kami poetera dan poeteri Indonesia, mengakoe bertoempah darah jang satoe, tanah Indonesia.

Kedoea
Kami poetera dan poeteri Indonesia, mengakoe berbangsa jang satoe, bangsa Indonesia.

Ketiga
Kami poetera dan poeteri Indonesia, mendjoendjoeng bahasa persatoean, bahasa Indonesia.


Kedua, Kerajaan Sriwijaya [abad ke-7] sebagai penerus Kerajaan Mo Lo Yoe di Jambi telah menggunakan Bahasa Melayu [Kuno] sebagai Bahasa Kenegaraan. Oleh karena itu, Bahasa Melayu bisa tersebar ke seluruh Nusantara. Hingga akhirnya pada pertengahan abad ke-19 Raja Ali Haji dari istana Riau-Johor (pecahan Kesultanan Melaka) menulis kamus eka bahasa untuk bahasa Melayu. Sejak saat itu dapat dikatakan bahwa bahasa ini adalah bahasa yang sama tinggi dengan bahasa-bahasa internasional di masa itu, karena memiliki kaidah dan dokumentasi kata yang terdefinisi dengan jelas.

Penyebaran Bahasa Melayu di Nusantara kemudian diulangi oleh Pemerintah Kolonial Hindia-Belanda yang menyadari bahwa bahasa Melayu dapat dipakai membantu administrasi oleh pegawai pribumi karena menimbang penguasaan bahasa Belanda para pegawai pribumi dinilai lemah. Sejumlah sarjana Belanda dengan menyandarkan diri pada bahasa Melayu Tinggi (bahasa yang tertulis dalam kitab-kitab kuno sebagai rujukan) mulai terlibat dalam standardisasi bahasa. Promosi bahasa Melayu pun dilakukan di sekolah-sekolah dan didukung dengan penerbitan karya sastra dalam bahasa Melayu. Akibat pilihan ini terbentuklah "embrio" bahasa Indonesia yang secara perlahan mulai terpisah dari bentuk semula bahasa Melayu Riau-Johor.

Pada tahun 1901, Hindia-Belanda menerapkan ejaan Van Ophuijsen yang sebelumnya telah diawali melalui penyusunan Kitab Logat Melayu (dimulai tahun 1896). Upaya van Ophuijsen tersebut dibantu oleh Nawawi Soetan Ma’moer dan Moehammad Taib Soetan Ibrahim.

Rekayasa pemerintah semakin kuat dengan dibentuknya Commissie voor de Volkslectuur ("Komisi Bacaan Rakyat" - KBR) pada tahun 1908. Kelak lembaga ini menjadi Balai Poestaka. Pada tahun 1910, KBR ini melancarkan program Taman Poestaka dengan membentuk perpustakaan kecil di berbagai sekolah pribumi dan beberapa instansi milik pemerintah. Perkembangan program ini sangat pesat, dalam dua tahun saja telah terbentuk sekitar 700 perpustakaan.

baron_indonesia berkata...

SEJARAH RINGKAS BAHASA INDONESIA [2/2]

Kondisi-kondisi tersebutlah yang mendorong para Pemuda Indonesia mengangkat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Persatuan dalam semangat kebangsaan, Bangsa Indonesia. Kondisi yang sama tersebut berhasil menetapkan Bahasa Indonesia sebagai Bahasa Negara Republik Indonesia dalam Undang Undang Dasar 1945 tanpa melalui banyak perdebatan [apalagi mendebatkan Bahasa Jawa atau suku lainnya] pada tanggal 18 Agustus 1945.

Pemilihan Bahasa Melayu Riau menjadi Bahasa Indonesia tidak ada kaitannya dengan kemarahan terhadap penolakan Semenanjung Malaya [1945], ataupun Sabah dan Sarawak [1964-65] sebagaimana yang tersirat dalam tulisan Anda di atas.

Ketiga, Riau tidak berada di Selatan Sumatera tetapi berada di tengah Pulau Sumatera. Berkat Kerajaan Sriwijaya, Pedagang Asing sekaligus penyebar Agama Islam [Arab dan Cina] dan Pemerintah Kolonial Belanda, Bahasa Melayu Riau sudah berkembang hingga pelosok Nusantara [Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Nusa Tenggara].

Keempat, Konsep Santri dan Abangan adalah Konsep Sosio-Ideologi bukan Konsep Bahasa. Konsep tersebut dilontarkan oleh Clifford Gerts yang mempelajari masyarakat Jawa, lengkapnya adalah Santri, Abangan dan Priyayi. Contoh : Pangeran Diponegoro adalah Santri bukan Abangan ataupun Priyayi, meskipun beliau merupakan Pangeran. Disebut Santri karena beliau mencoba mengamalkan Islam secara murni tanpa ada Tahayul, Bid’ah maupun Khurafat. Santri, Abangan dan Priyayi adalah Jawa, sebagai orang Jawa mereka memahami Bahasa Jawa baik itu Kromo, Madya maupun Ngoko.

Kromo, Madya dan Ngoko adalah Konsep Bahasa Berkasta, Ngoko merupakan Bahasa Pasar/Pergaulan digunakan pada teman sebaya atau masyarakat kelas bawah. Kromo digunakan kaum Ningrat, orang muda kepada Orang Tua/yang lebih Tua, rakyat jelata kepada Ningrat/Bangsawan, bawahan kepada Pimpinan dan para Pujangga. Sedangkan Madya adalah peralihan di antara dua bahasa sebelumnya [Madya=Tengah].

Terakhir, sebagai pribadi terdidik sebaiknya Anda melakukan kajian terlebih dahulu mengenai Obyek yang Anda bahas dan mohon kiranya, sebaiknya tidak perlu merendahkan pihak lain tanpa fakta guna menaikkan mutu pihak sendiri.

---------
Terimakasih

NASSURY IBRAHIM berkata...

Terima kasih kepada Tuan Baron kerana memberi informasi panjang. Ini contoh warganegara yang mencintai identiti dan jati negaranya.

Tanpa Nama berkata...

peran bahasa melayu dalam pembentukan Bahasa Indonesia hanya sebagai perekat/air dari berbagai bahasa yang ada di nusantara/indonesia antara lain bahasa jawa, sunda, bali madura, kalimantan, sulawesi, maluku, nusa tenggara dan masih banyak lagi. maka tidak heran dalam komposisi bahasa indonesia bahasa melayu(kepulauan riau) hanya berkisar 30-40% dalam kosakata bahasa indonesia saat ini yang terus berkembang dan bertambah.