Namaku Shafien Mamat. Ini adalah cerita benar yang saya hadapi. Cerita ini dialami oleh kawan saya bernama Roshaizad. Dia berusia 38 tahun, mempunyai seorang isteri yang cantik dan baik hati, berusia 32 tahun. Bekerja sebagai suri rumah-tangga sepenuhnya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Yang sulung berusia lapan tahun, manakala yang bongsu berusia tiga tahun. Dia bekerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer, di samping itu, dia memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk. Adakalanya dia berkerja sehingga lewat malam, dan juga pada hujung minggu.
Pada bulan Januari 2009, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya, sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Masanya sekitar jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang di dahapannya, di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Dia telah koma selama tiga hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan daripada isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas dia sedar daripada koma.
Sewaktu koma pada hari ketiga, seorang Malaikat datang menemuinya. Malaikat itu memberitahu bahawa usianya hanya tinggal satu jam sahaja lagi. Nyawanya akan dicabut pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walau bagaimanapun, Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas agar dia dipanjang usia.
Dia kebinggungan ketika. Lantas dia bertanya kepada Malaikat, “Sudah berapa orang yang mendoakannya?”
Dia kebinggungan ketika. Lantas dia bertanya kepada Malaikat, “Sudah berapa orang yang mendoakannya?”
Jawab Si Malaikat itu, “Hanya baharu tiga orang sahaja.”
“Siapakah tiga orang tersebut?”
Si Malaikat pun menunjukkan tiga orang yang berdoa secara ikhlas agar dia cepat sembuh dan dipanjangkan usia. Pertama, isteri dia yang bercucuran air mata sejak hari pertama dia berada di hospital. Kedua, anak sulungnya yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
“Yang ketiga anak bongsu saya?” Dia cuba meneka.
“Tidak. Dia belum faham cara berdoa.”
“Siapakah orang ketiga itu?”
Malaikat itu memperlihatkan wajah saya.
“Tiadakah lagi orang yang mendoakannya?”
“Ada,” jawab Malaikat.
Si Malaikat pun menunjukkan mereka yang turut mendoakannya iaitu, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibu bapanya, ibu bapa isterinya, adik-beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Dan, kesemua mereka yang telah melawatnya, mendoakannya, tetapi tidak diterima oleh Allah.
Dia bertanya kepada Malaikat itu, “Mengapa doa mereka tidak diterima?”
Malaikat menjawab, “Sebab mereka berdoa tidak ikhlas sepenuhnya.”
Masa kian suntuk. Dia tidak tahu mengapa Malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya. Dia tidak boleh berbuat apa-apa. Hanya sekadar menunggu dan menunggu. Malaikat juga menunggu di sebelahnya. Jarum jam menunjukan 1.35 petang. Hanya tinggal 10 minit lagi. Hatinya resah dan badannya berpeluh. Debar jantung kian memuncak.
"Mustahil cukup 47 orang lagi yang ikhlas berdoa kepadaku," keluhnya.
Dia bertanyakan Malaikat itu, “Adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal memperoleh 47 orang berdoa secara ikhlas?”
“Ya,” jawab Malaikat.
Dia terus memejam mata menunggu saat kematiannya. Air mata mencurah-curah. Dia terbayang isteri dan anak-anak, ibu, ayah dan saudara-mara, sahabat taulan, dan kelakuan jahat dan baiknya. Hatinya tidak henti-henti berdoa agar ada orang berdoa untuknya.
Kurang satu minit, Malaikat menghampirinya dan berkata, “Allah telah mengkabulkan doa sekumpulan insan agar anda cepat sembuh dan panjang usia.”
“Apa?”
“Anda berjaya memperoleh doa ikhlas dari 50 orang. Dia bukan sahabat atau saudara-mara anda.”
“Siapakah orang-orang itu?” Wajahnya kelihatan berseri dan mata bersinar riang.
Malaikat pun menunjukkan sekumpulan insan itu. Mereka ialah jemaah anak yatim yang baharu sahaja menunaikan solat Zuhur.
“Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu, dan menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca dalam akhbar tentang kemalangan anda. Pada waktu Zuhur tadi, mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.”
Malaikat itupun ghaib. Tepat jam 1.45 petang, Roshaizad tersedar dari komanya. Dia meraung tiba-tiba.
Isteri beliau yang berada di sisi turut menanggis. Dan saya juga. Saya menangis kerana mendengar dia dan isterinya menangis. Rasa sedih maha dalam tiba-tiba menerkam hati saya.
Lama juga kami menangis sehingga dikejutkan oleh doktor dan jururawat.
Lama juga kami menangis sehingga dikejutkan oleh doktor dan jururawat.
Setelah keluar wad, saya masih berkunjung ke rumahnya. Semasa di rumahnya, dia mencerita kisah di atas dan sebab dia meraung. Saya rasa seram sejuk mendengarnya, dan terkaku beberapa ketika. Apabila pulang ke rumah, saya terus mencatatnya untuk tatapan tuan-tuan pembaca.
Sejak itu, Roshaizad menjadi seorang yang sangat alim. Saya dan isterinya juga.
Sejak itu, Roshaizad menjadi seorang yang sangat alim. Saya dan isterinya juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan