Allahu akhbar. Daulat Tuanku, Sultan Muhammad Faris Petra, sebagai as-Sultan Kelantan yang baharu, dengan gelaran Sultan Muhammad V. Patik amat berbesar hati apabila Tuanku dimasyhurkan sebagai Sultan kelantan pada 12 Ogos 2010.
Sebagai rakyat, tentulah patik mempunyai harapan tinggi dan suci agar pemerintahan Tuanku kekal berlandaskan agama Islam, sebagaimana cinta Tuanku terhadap agama Islam. Allahu akhbar. Sejuk hati patik apabila melihat Tuanku mengimami solat hajat memohon royalti minyak diberikan kepada rakyat Kelantan. Tuanku juga sering ke masjid-masjid di seluruh Kelantan, dan tidak 'mendera' jemaah masjid.
Patik juga berharap rakyat Kelantan terus mendapat keadilan dan pembelaan. Tiada lagi tangan-tangan ghaib yang membunuh secara senyap rasa bahagia dan aman rakyat Kelantan. Patik berharap, Tuanku akan menjadi raja berdaulat sebagaimana daulat raja-raja terdahulu yang patik dengar daripada cerita mulut orang tua-tua dan dalam sastera sejarah.
Patik juga berharap rakyat Kelantan terus mendapat keadilan dan pembelaan. Tiada lagi tangan-tangan ghaib yang membunuh secara senyap rasa bahagia dan aman rakyat Kelantan. Patik berharap, Tuanku akan menjadi raja berdaulat sebagaimana daulat raja-raja terdahulu yang patik dengar daripada cerita mulut orang tua-tua dan dalam sastera sejarah.
Pada pengetahuan patik, Tuanku satu-satunya sultan moden di tanah air bernama Malaysia yang memimpin barisan solat. Tuanku benar-benar seorang sultan yang bertakwa. Patik berharap amalan itu terus kekal pada jiwa Tuanku, dan alangkah bahagianya patik mempunyai sultan yang bertakwa. Semoga Allah terus memelihara dan melindungi Tuanku dan rakyat Kelantan. Amin.
5 ulasan:
Daulat Tuanku! Kita mengimpikan
seorang umara' memerintah
bersama para ulama'
Ya, sangat dirindui. Daulat Tuanku
ada tgk pic2 lain apsl kena ada tempat duduk kuning utk dia? ckp berjiwa rakyat, mesti sama mcm rakyat
ayoo, tanpa nama oii.
itu pun nak pertikaikan ke?
bukan salah tuanku kalau org yang nak bentangkan karpet untuk baginda.
takkan org da bentang, baginda nak suruh angkat balik kut.
lain kali cakap guna otak ye, tanpa nama.
ada nama mmg sebagai rakyat boleh pertikailah.jgn gunakan perkataan rakyat utk kepentingan.ckp berjiwa rakyat tapi asal xsama mcm rakyat?? sebagai rakyat yg prihatin kena pertikai klu diam makna setuju.ckp pakai otaklah maslah sebelum bentang kena bgtau jgn bentang.dah sudah bentang nak cakap apa?pelik gak ada nama ni?? ckp pakai apa?
di sisi TUHAN semua manusia itu sama!
Catat Ulasan