Ini ialah surat pertama dalam kerjaya aku menjadi guru. Surat di sebelah kiri ialah pemberitahuan penempatan aku mengajar di Wilayah Persekutuan. Semasa mengisi borang penempatan (posting) aku minta pilihan pertama negeri Melaka, dan pilihan kedua di negeri Terengganu. Aku tahu bahawa Melaka itu kecil dan anak negerinya pun minta ditempatkan di Melaka. Aku yakin tidak akan dapat. Justeru, aku mungkin akan dihantarkan ke Terengganu. Negeri inilah pilihan utama aku.
Lain dicipta lain pula yang dapat. Aku tidak dapat mengajar di Melaka mahupun Terengganu. Mereka hantar aku ke Wilayah Persekutuan, satu tempat yang tidak pernah aku bermimpi mahu datang mengajar. Aku dikehendaki melaporkan diri di SM Taman Maluri, Kuala Lumpur, pada 01.12.1989. Aku terima dengan hati rela.
Sebelum sekolah buka aku telah menerima surat panggilan ke Mesyuarat Guru-Guru pada 02.12.1989. Ini merupakan mesyuarat pertama aku sebagai guru. Dalam mesyuarat ini, aku (bersama-sama guru-guru lain) diberikan pelbagai taklimat, buku rekod mengajar, dokumen-dokumen dan diminta memperkenalkan diri kepada ahli mesyuarat.
Pengetua bernama Haji Abu Bakar bin Osman. Kami memanggilnya Haji Burn. Walaupun berkelulusan SPM sahaja, namun beliau sangat memahami keperluan guru. Beliau akhirnya ditukar ke sekolah rendah akibat berlaku perubahan sistem, iaitu semua pengetua mesti graduan. Beliau diganti oleh Encik Rashid, bekas penolong kanan Vitoria Institusion, berkelulusan master, namun pengurusannya sangat buruk.
Mulanya aku menumpang di rumah Abang Ghani, di Jalan Kerdas 6, Gombak. Setelah dua minggu aku berpindah menyewa bersama-sama guru bujang di Taman X (lupa - terletak antara HUKM dengan Balai Bomba) di Cheras, bersama-sama Cikgu Rosdi. Pengangkutan utama Bas Mini 56 dan bas Leng Sen nombor 123. Aku ke sekolah memboceng motor Cikgu Rosdi.
Pada Jun 1990, aku berpindah ke Jalan Kelang Lama (depan Kampung Pasir Lama) menyewa rumah Haji Kupit, kerana berkahwin. Oleh sebab tiada kenderaan, aku naik Bas Minit 36 (tambang 60 sen) ke Chow Kit dan naik Bas Mini 25 ke Kampung Pandan.
Pada Jun 1990, aku berpindah ke Jalan Kelang Lama (depan Kampung Pasir Lama) menyewa rumah Haji Kupit, kerana berkahwin. Oleh sebab tiada kenderaan, aku naik Bas Minit 36 (tambang 60 sen) ke Chow Kit dan naik Bas Mini 25 ke Kampung Pandan.
3 ulasan:
Rupa-rupanya kita pernah bertugas di bawah pentadbiran daerah yang sama,ya. Saya posting di SM Puteri Wilayah di Kampung Baru, 1990-1994.
Orang Kelate kata, gocoh dulu baru tau sedara
I'm newbie, hi
Catat Ulasan