Kawan saya, Shamsudin Othman, dalam satu ceramahnya mengatakan bahawa Johor tandus penulis (puisi) wanita. Saya setuju. Sebenarnya, bukan Johor saja yang tandus penyair wanita. Negeri-negeri lain juga menerima nasib yang sama.
Memang ramai kaum wanita minat jadi penulis. Tetapi, minat mereka tidak kesampaian. Dalam pertemuan persatuan penulis, kaum wanita mendominasi. Misalnya, dalam aktiviti Bengkel Penulisan Sajak anjuran Arpipi di Besut, pada 13 Februari 2010 (di bawah En.Nawawe Mohamad dan Dahri Zakaria), terdapat sekitar 20 orang peserta. 17 orang ialah wanita.
Malangnya, majoriti penguasaan wanita dalam aktiviti persatuan untuk menjadi penulis tidak bertahan lama. Mereka yang berjaya menjadi penulis pun belum tentu dapat bertahan sebagai penulis. Di Kelantan, pada masa kini, hanya Zanazanzaly dan Rozais sahaja yang masih bertahan. Nasib Rozais belum tentu lagi. Kalau ikut adat penulis wanita, Rozais pun bakal berehat.
Musuh utama kaum wanita gagal jadi penulis ialah perkahwinan. Ini bukan bererti saya menentang perkahwinan anda. Kahwinlah. Lebih baik berkahwin daripada membujang untuk jadi penulis. Berkahwin dapat menyelamatkan wanita.
Kebanyakan penulis wanita yang berjaya ialah mereka yang hidup membujang. Namun ada juga wanita yang berkeluarga turut berjaya menjadi penulis terkenal. Syabas saya ucapkan. Antara penyair wanita terkenal tanah air ialah Zurinah Hassan, Zaihasra, Siti Zainon Ismail, Khadijah Hashim, Mahaya Yassin, Salmiah Ismail.
Apapaun, yang penting pada saya, kehadiran anda yang sebentar atau yang lama dalam dunia penulisan, biarlah berbekas. Antara cara meninggalkan bekas ialah menghasilkan kumpulan puisi sendiri dan disebarkan.
15 ulasan:
salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)
Tuan Nassury,
Seminar yang diadakan pada 31 Januari di Kota Tinggi anjuran DBPWS dan PPJ lalu cumalah kecil-kecilan sahaja seadanya... namun Tuan Shamsudin cukup bijak melemparkan isu @ pandangan yang membuka minda peserta dan pihak media. Pada 30 Januari sebelum itu diadakan Malam Puisi Citra Kota Tinggi.
Setakat 2 bulan pertama tahun 2010 DBPWS telah laksanakan 7 program (walaupun kewangan makin terhad) dengan bersama dan kerjasama PPJ dan pelbagai jabatan di negeri Johor dan Melaka.
Saya ucapkan syabas kepada semua penulis lelaki - kerana kejayaan anda adalah hasil dorongan (dan pengorbanan) isteri.
Anda pulang ke rumah setelah seharian di pejabat dan malamnya boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja kreatif (tanpa gangguan)kerana isteri anda lah yang bertungkus lumus menyiapkan makanan,pakaian dan urusan rumah tangga lainnya, walaupun dia juga telah seharian bekerja di luar rumah.
Wanita dalam dunia kreatif, walaupun mendapat dorongan dan sokongan suami sekalipun; tidak megorbankan rumah tangganya semata-mata untuk berkarya.
Syabas juga kepada seluruh wanita!
Nassury, apapun, ayat terakhir anda berbekas sungguh di hati... terima kasih!
Rositah,
nak kata perempuan menyediakan semuanya untuk suami rasanya tak tepat dah sekarang. isteri pun sama, balik rumah letih dan makanan beli luar. suami kempunan terkulat tengok isteri tergolek. hahha. tapi rositah mungkin lain.
Ha ha ha...!
Kepada semua,
terima kasih memberi reaksi. Saya faham, wanita memang penat. S/rumah tak bekerja (makan gaji) sebenarnya lebih banyak membuat kerja - pagi, tengah hari, petang, magrib, malam, tengah malam dan subuh - kerja tak berhenti.
maka itu kalau saudara kasihan pada isteri, jangan beri dia kerja malam, buatlah kerja siang-siang heheh
Hehe. Dia yang mahu kerja malam.
Nassury,
Sedak demo kato kitto teh. Doalah hok molek-molek. Menasaboh suruh kito berehat.
Rozais, bela la dio nak ngato....Tu makna die saye..
Rozais, Buktikan. Buktikan. Cabar ni.
Rositah,
Kalau Nassury kata, saya tak ambil hati. Sebab saya tahu dia sayang saya, sebab tu dia ambil tahu.
Nassury,
Rasa macam kura-kura kena cucuk cili api (dalam pertandingan lumba kura-kura). Saya masih ingat pesan Pak Samad Said, katanya "anak jangan jadi penulis lima tahun ya". Setakat ni saya masih jawab "ya" dalam jiwa.
suko kawe bagi demo semuo baloh.. kah kah kah
Tu la kerja wartawan, buat berita suruh ogre baloh. Tapi kami baloh mesra. Sayang menyayangi lagi.
Catat Ulasan