
Jumaat, 29 Julai 2011
Musuh BN

Rabu, 27 Julai 2011
Minat Sarjana Barat Terhadap Kesusasteraan Melayu
Oleh Djazlam Zainal
Sejak kedatangan penjajah barat ke dunia Melayu, kesusasteraan Melayu menjadi satu komuditi yang diperhatikan oleh golongan ini. Rantau Asia Tenggara dan gugusan Kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah dan kesusasteraan yang begitu menakjubkan sering menjadi intipan mereka. Perkembangan ini menjadi lebih ketara pada awal abad ke 19. Karya-karya kesusasteraan Melayu klasik, terutama hikayat, telah menarik para sarjana luar, terutama golongan orientalis. Namun, dalam keghairahan pengkajian terhadap sastera klasik itu, sebahagian besar daripada mereka memperlihatkan citarasa individual penyelidik melebihi kepentingan kesusasteraan sebagai satu disiplin ilmu. Sekalipun Barat mempunyai tradisi pengkajian yang kukuh, namun untuk tanah jajahan, mereka bertolak dan membuat tafsiran yang tidak menepati kehendakan tempatan. Sebagaimana C. Snouck Hurgronje yang mengkaji Kesusastraan Aceh dan R.O. Winstedt yang mengkaji kesusasteraan Melayu, jelas sekali mempunyai pandangan kebaratan. A History of Classical Malay Literature yang diguna pakai oleh mahasiswa pengajian Melayu pada awal kemerdekaan bukanlah suatu cerminan konkrit untuk sastera Melayu. Pendekatan yang terlalu condong dan terlalu cenderung serta bersifat komparatif dan historis kebaratan. Aceh di Mata Kolonialis ( Hurgronje ) seringkali menjadi rujukan utama hingga mendatangkan kekesalan di hati A. Hasjmy yang mengatakan bahawa orang Aceh sendiri lebih percaya kolonialis daripada anak tempatan. H.M.J. Maier, mencadangkan agar teks klasik harus dilihat melalui bidang konsep ' intertektualiti ' sepertimana kajian beliau terhadap Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Maier yakin kaedah itu lebih berkesan bukan sahaja ketika membaca HMM tetapi juga apabila membaca tulisan tentang hikayat tersebut.
Menanti GELODAK RASA
Pulang dari Temerloh, saya menerima salinan fax dari Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) yang menerima surat itu dari Dewan Bahasa dan Pustaka pusat. Kandungannya berkenaan penerimaan manuskrip sajak berjudul Gelodak Rasa. Diyatakan penerimaan bersama-sama manuskrip saya itu ialah manuskrip sajak Antawacana karya Marzuki Ali, Kusemai Putih (Ramli Hashim) dan Diorama (Jamaludin Darus). Dikatakan bahawa manuskrip saya dan rakan-rakan di atas menunggu kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Ke-252 pada 23 Mei 2011. Keputusannya belum diketahui lagi.
Saya tentunya berasa seronok menerima khabar yang belum tentu menggembirakan ini. Manuskrip itu pertama kali dihantar pada tahun 2004 dan telah mengalami beberapa kali pengeditan. Judul asalnya Tukang Sajak Menulis Sajak. Atas permintaan penilai judul itu ditukar kepada Gelodak Rasa pada tahun 2007, dan sekali lagi ditukar kepada Di Luar Bingkai Diri pada tahun 2010. Namun, judul Gelodak Rasa yang diterima.
Dari tahun 2004 hingga tahun 2011 (dan belum tentu diterbitkan), tentulah saya dab kumpulan sajak itu mengalami pelbagai perasaan dan 'ketakutan.' Dipadankan dengan rasa pengarang dan imej sajak, maka benarlah bahawa sajak atau kumpulan sajak itu mengalami pelbagai rasa gelodak. Dan, saya juga yakin, setelah diterbitkan, akan mengalami beberapa citra gelodak rasa dari pembaca.
Walau apapun, saya serah nasib Gelodak Rasa itu kepada DBP, editor dan pembaca. Harapan yang amat sangat, biarlah sajak itu terbit tanpa ada kesilapan taipan, sebagaimana pernah dialami sebelum ini. Setidak-tidaknya, gelodak rasa saya kendur sedikit dengan keaslian isi dan bentuk sebagaimana saya manauskrip saya.
Ahad, 10 Julai 2011
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun berbisa
diragutnya baju T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
tapi kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas
memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A. SAMAD SAID
warna kuning diisytihar racun berbisa
diragutnya baju T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
tapi kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas
memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A. SAMAD SAID
Cerita Si Hitam dan Si Bersih
Kalau ibunya melihat gambar ini, barangkali beginilah katanya, "Nak, sudah mak kata jangan pergi ke perhimpunan Bersih 2.0 itu. Tapi kau nak pergi juga. Pergi berjuang konon. Apa pendulikan negaramu. Sudah ada polis dan tentera menjaganya. nak hapuskan rasuah nak hapuskan jenayah nak hapuskan ketidakadilan? Itu kerja mereka. Mereka sudah dilatih menembak, memukul, menendang orang. Engkau apa tahu? Tengok, sekarang apa sudah jadi. Kepala engkau juga yang pecah. Berdarah. Nasib baik tak mati. Eik, masa zaman 14 hari komunis dulu, begini jugalah komunis buat terhadap orang kampung. Sudah, pergi mandi. Cuci badan tu biar bersih. Jangan jadi macam mereka. Pengotor. Pelawak lagi. Lepas tu, solat hajat, doa banyak-banyak pada Tuhan. Mohon ditimpa bala pada mereka yang zalim. Sudah! Pergi mandi!"
Khamis, 7 Julai 2011
Diskusi Karya Wilayah timur, 2011
Bertolak daripada hasrat memperkenalkan penulis tempat dan penulis dari luar kepada masyarakat setempat, khususnya yang berkaitan dengan perkembangan kebudayaan dan persuratan Melayu, maka Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dengan kerjsama Kelab Bahasa Melayu (Kebayu), Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) menganjurkan majlis Diskusi Karya Wilayah Timur pada 6 Mac 2011. Majlis yang berlangsung di Dewan Wawasan, IPGKKB, bagi mendekatkan hubungan penulis dengan pelajar sebagai pembaca karya, sekali gus memberi pendedahan terhadap teori kritikan yang dipelajari dalam bilik kuliah dan cara pelaksanaannya.
Selasa, 5 Julai 2011
Memusuhi Warna

Isnin, 4 Julai 2011
Melayu Pengacau

Sabtu, 2 Julai 2011
RON95 Pembunuh di Jalanan!
Pemandangan kereta terbakar amat jarang ditemui sekitar tahun 1990-an, baik sepanjang laluan melalui Gua Musang, mahupun di laluan Kuala Lumpur - Kuantan - Kuala Terengganu - kota Bharu.
Ada yang menyabitkannya dengan 'minyak rakyat.' Dakwa mereka, 'minyak rakyat' yang dijenamakan sebagai RON95 mempunyai banyak kandungan bahan mudah terbakar.
Kalau dakwaan itu betul, bererti RON95 adalah musuh rakyat, atau RON95 merupakan salah satu pembunuh di jalanan, selain keadaan jalan yang bengkang-bengkok, berlubang-lubang, faktor kereta, dan kederasan pecutan sesetengah pemandu.
Apa pun, semoga pemanduan kita selamat.
Langgan:
Catatan (Atom)