Maklumat daripada FB Abdullah Hassan memberitahu bahawa keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 Ogos 2010 dan disahkan pada 8 November 2010 memperakui ejaan 'baru' dan 'baharu' adalah variasi bahasa yang boleh diterima pakai.
Menurut keputusan mesyuarat, perbezaan ejaan itu tiada fungsi makna dan fungsi nahu.
Demikian juga dengan ejaan 'tuk' dan 'tok' sebagai nama khas adalah dibenarkan. Misalnya, Tuk Penghulu atau Tok Penghulu, adalah sama dari segi makna dan nahunya.
Namun begitu, penggunaannya, khususnya dalam penulisan, perlu konsisten. Kalau menggunakan ejaan 'baru' digunakan ejaan 'baru' seterusnya, kalau guna ejaan 'baharu' maka guna ejaan 'baharu' semua sepanjang penulisan berkenaan.
4 ulasan:
Terima kasih atas hebahan ini.
Semoga tiada lagi yang terkeliru.
salam cikgu,
Saya dari dulu lagi tidak setuju penggunaan kata baharu. Dan saya kalau menulis baru tidak pernah menggunakan baharu.
Demikian juga dengan perkataan bestari yang dulunya dieja bistari.
Lagenda dulunya dieja legenda.
terima kasih sahabat. tu hebatnya bahasa melayu, banyak mazhab.dan semuanya mengelirukan kita.
Terima kasih atas maklumat ini. Wartawan di Sinar Harian juga sering keliru. Kini, saya boleh memberikan jawapan yang tepat kepada mereka.
Catat Ulasan