Segak yang terpaksa berkorban demi keseronokan manusia |
Aku sering bertanya dalam hati: Apakah betul nama 'Hari Raya Qurban?' Aku faham 'hari raya' sebagai hari keseronokan kerana akan membeli baju baru, keluar baru dan kasut baru. Pada hari itu aku dapat makan masakan yang sedap-sedap. Tidak seperti pada hari-hari biasa, aku akan bertandang ke rumah demi rumah dan setiap rumah itu pula akan memberi aku makan atau duit.
Berakhirnya riwayat seekor lembu |
Namun, aku kurang faham sebab dinamakan 'qurban.' Sebab, aku lihat pada hari itu, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa, semuanya gembira merainya.
Apakah apabila kita terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk belanja beli sebahagian daripada tujuh bahagian lembu itu dianggap qurban? Kalau itu dianggap qurban, mengapakah penyembelihan lembu untuk merai majlis perkahwinan tidak dianggap qurban?
Barangkali mungkin ada nama lain yang lebih afdal untuk merujuk hari berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan