Selamat datang Perkasa. Saya tak kenal anda. Nama pun baru saya tahu, dari perlakuan YB Ibrahim Ali. Walau tak kenal saya rasa selamat dengan adanya Perkasa. Ah, apa nama sebenar Perkasa?
Sebelum ini saya pernah dengar Pekida. Siapa Pekida pun saya tidak tahu. Tidak pernah ambil peduli. Itu kerja orang tua-tua.
Sebelum ini pun saya pernah dengar beberapa NGO membela Melayu. Tapi, timbul sekejap tenggelamnya lama. Saya tak peduli, semacam saya tidak peduli pada Perkasa, pada Perkida.
Saya fikir, sekarang ini, antara Perkasa dengan Umno, dengan PKR atau dengan PAS, lebih baik Perkasa kot. Walau bagamanapun, PAS lebih tetap pendirian. Perkasa belum tahu lagi. Umno? Macam perahu hanyut. Papannya licin. Kemudinya patah.
Kalau Perkasa mahu bela orang Melayu, ya silakan. Umno sudah tidak berdaya. Banyak hak Melayu hilang di tangan Umno. Nak lawan Gerakan pun tidak terdaya. Macam orang jumpa Datuk Peguam. Asal jumpa, hilang. Asal jumpa, hilang. Isteri dan anak-anak menangis tak dipedulikan. Tak ada pula orang menyiasatnya, mengapakah demikian?
Ahhh ... apapun, selamat datang, Perkasa. Semoga anda bukan perahu hanyut.