Sejak sebulan, Prof Ahmad Pengalaman asyik mundar-mandir tak keruan. Kedua-dua tangan dikilas ke belakang dan jalannya asyik tunduk sahaja. Menurut Setiausahanya, Cik Limah, sudah sebulan juga Prof. Ahmad Pengalaman tidak berselera makan. Makanan yang dibawa olehnya terbungkus kekal di atas meja sopa.
Pada mulanya, Cik Limah beranggapan Prof. Ahmad Pengalaman tidak berselera kerana asyik makanan sama sahaja. Cik Limah ubah menunya, namun makanan itu begitu juga. Terbiar.
Entah kerana kesian, entah kerana tidak sanggup melihat pembaziran, Cik Limah memberanikan diri bertanya akan sebab makanan dibelinya itu tidak terjamah oleh Prof. Ahmad Pengalaman.
"Saya risau ni," mukanya kelihatan serius seperti ada sesuatu sedang bertengek di atas kepalanya.
"Boleh saya tolong taipkan," Cik Limah mempermurahkan diri pada lazim dia mengerjakannya.
"Tidak. Ini bukan soal taip-menaip. Ini soal mutu soal kualiti," tegas Prof. Ahmad Pengalaman.
Kebetulan seorang pensyarah, rakan seusianya, masuk.
"Prof. Ahmad, dengar khabar konvo pertama kita akan berlangsung bulan Mac tahun depan. Bagaimana dengan pengiktirafan? Kita sudah dapat ke belum?" ujar pensyarah itu.
"Itulah yang sedang kami fikir ni!. Kita hanya ada masa setahun saja lagi."
"Ooooo ...., maknanya belum lagilah.
Mereka terdiam seketika. Masing-masing berkerut dahi, memikirkannya.
"Masalahnya, MQAA kata kita tiada pakar. Kita tidak layak menganjurkan kursus ini," jelas Prof. Ahmad Pengalaman.
"Eh, tiada pakar? Kita sudah 30 tahun mengajar. Sudah berpuluh-puluh kali mengikuti kursus dan seminar. Sudah berlonggok-longgok sijil penyertaan kursus dan seminar. Berani dia anggap kita masih belum pakar lagi?" balas rakannya. Nada suara agak tinggi. mungkin dia marah atau mungkin juga dia terkejut mendengar berita itu.
Tiba-tiba wajah Prof. Ahmad Pengalaman berubah. Wajahnya nampak ceria dan cerah bersinar. Seperti ada tahi bintang jatuh menimpa dan sinarnya meresap ke dalam kulit dahinya. Dia memandang rakannya. Rakannya terekebil-kebil kehairanan.
:"Ya," Kata Prof. Ahmad Pengalaman. "Kita ada banyak sijil," katanya lagi. "Bukankah dengan sijil penyertaan yang banyak itu boleh menunjukkan kita sudah pakar dalam bidang subjek diajar? Mereka yang belajar sampai master atau Ph.D sekalipun hanya dapat satu atau dua sijil saja. Tentulah kita lebih pakar daripada mereka?"
"Ya, ya. Saya setuju. Tentulah kita lebih pakar daripada mereka," sahut rakannya itu.
"Kalau begitu, masalah ini sudah selesai," ujarnya bangga. "Limah, taipkan Memo Dalaman. Minta para pensyarah mengumpul dan menyerahkan sijil-sijil penyertaan kursus dan seminar mereka. Kita akan keluarkan satu Sijil Perakuan Kepakaran Subjek untuk mereka."
Prof. Ahmad Pengalaman terus keluar daripada ruang legar di pejabatnya. Tangannya tidak lagi ke belakang. Dia berjalan bangga sambil mendongak. Jelas terpancar sinar kepuasan di dahinya.
Tangananya juga berayun seperti lazimnya dia berjalan.
Tangananya juga berayun seperti lazimnya dia berjalan.
"Prof. Prof. Ahmad nak ke mana tu. Saya ada hal nak bincang," ujar kawannya.
"Ke kanten. Mari kita bincang di kanten," ujarnya sambil melangkah.
4 ulasan:
Prof. Ahmad Pengalaman...:)
sekarang MQA dh iktiraf k belum pismp?
Umairah,
Ini kenyataan MQA, "Dimaklumkan bahawa 11 program IPG telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi yang bersidang pada 28 Disember 2010 dan diperakukan syor Perakuan Akreditasi. Manakala sebanyak 4 program lagi telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi Bil. 01/2011 yang bersidang pada 24 Januari 2011 dan diperakukan syor Perakuan Akreditasi."
Terdapat beberapa kursus lagi yg belum diaudit oleh MQA.
MQA kata DIPERAKUKAN SYOR bukannya MEMPERAKUKAN SYOR.
Dlm akhbar Mingguan Malaysia, 27 Mac 2011 muka 16 terdapat iklan INSTEDT. Dlm iklan itu dinyatakan, antaranya (berkenaan kursus Instedt) (a) program di Akreditasi penuh oleh MQA, (b) Diiktiraf oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Ini bermakna MQA dan JPA merupakan 2 badan berasingan. Pada fahaman saya, MQA mengiktiraf kursus, manakala JPA mengiktiraf ijazah.
Setaka ini belum diberitahu kenyataan dari JPA yang mengiktiraf ijazah IPG.
Maaf, jika tidak tepat.
Terima kasih atas penjelasan tuan.
Catat Ulasan