Sabtu, 26 Mac 2011
Jumaat, 25 Mac 2011
Video Lucah Datuk T
Sudah acap kali kita dengar penglibatan orang politik dengan aljuburi, sama ada secara halal mahupun secara haram. Asalkan aljuburi, mereka akan menyodongnya tanpa mempedulikan hak miliknya. Ada kalanya mereka sodong aljuburi anak rakan, rakan, isteri rakan, pelacur, remaja dan sesama sendiri.
Kini satu lagi cerita aljuburi dibawa dan diketengahkan untuk tatapan rakyat. Isu ini dibawa oleh Datuk T (trio) yang diketuai oleh Tan Sri Rahim Thambi Chik, bekas KM Melaka. Yang dipaparkan ialah dikatakan kisah Datuk Seri Anwar. Kita sebenarnya tidak hairan sebab DS Anwar merupakan bekas anggota kumpulan politikus aljuburi. Lainlah kalau pelakunya dari PAS atau DAP.
Oleh sebab beliau yang membawanya, menayang dan memiliki (mungkin juga membiayai penerbitan), maka saya teringat kisah beliau mengaljuburi remaja di Melaka. Kita mengenalinya sebagai Bapak Bohsia Malaysia. Di sini saya paparkan satu tragedi tidak bermoral yang menjadi bertambah tidak bermoral. Di bawah kuasa parti aljuburi, perogol jadi tidak bersalah, pembela pula yang ditangkap dan dipenjarakan. Harap ibu-ibu dan bapa-bapa dapat ambil ikhtibar.
Guru Komited
Pagi tadi aku ke Sekolah X kerana menyelia praktikum. Sekolah X terletak di bawah PPD Kota Bharu. Guru besarnya agak sibuk mengisi maklumat. Fail dan beberapa dokumen (ada yang terbuka dan ada yang bertutup) di atas mejanya. Oleh sebab aku tetamu, terpaksalah guru besar itu melayaninya.
Panjang kami berbual dan pelbagai isu. Daripada isu pendidikan hinggalah ke isu terbaharu video lucah yang menjadi tontonan para wartawan dan ahli politik Malaysia.
Kata guru besar itu, guru-guru muda sekarang ini kurang ilmu pedagogi dan pendidikan. Mereka gemar berinteraksi dalam kelompok masing-masing. Amat jarang yang menimba pengalaman daripada rakan-rakan sekerja yang sudah senior.
Khamis, 24 Mac 2011
Sejak Pertama Kali Berkarya
Sejak pertama kali berkarya, berkali-kali dia menerima piala puji: dibuai-buai bahasa indah; dikagum-kagumkan rasa pembaca; diwarwarkan ikon sastera negara; dan wajahnya mengiringi media.
Malangnya, sejak pertama kali berkarya, dia tidak lagi berkarya: di media atau aktivis kata; berbual-bual sambil minum menyusur kelazimannya; dan amat sukar ditemui oleh teman-teman lama.
Menurut bekas kekasihnya, sejak pertama kali berkarya, dia kini terdampar dalam hutan kata yang amat kelam dan menyesatkan hingga tak seorang pun rakan dapat menemuinya.
Ya, sejak pertama kali berkarya, dia tidak lagi berkarya. Piala pujinya pun kian berkarat.
25 Mac 2011
Selasa, 22 Mac 2011
Diskusi Pengajian Melayu Siri 3
Majlis ini berlangsung di Dewan Wawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu pada 6 Mac 2011. Sejarahnya bermula apabila Zanazanzaly melalui menghubungi aku facebook meminta memperkatakan kumpulan cerpen pertama. Aku terus sanggup menyediakan tempat dan khalayak. Kemudiannya, Zanazanzaly memohon DBPWT menguruskannya pelaksanaannya.
Aku berasa puas menganjurkan majlis ini. Ada beberapa sebab, iaitu pertama, semester pertama pada setiap tahun para pelajar PPISMP belajar tentang teori kesusasteraan. Aku akan meminta mereka mengaplikasi kritikan teori tersebut terhadap mana-mana karya. Justeru, diskusi ini akan dapat membantu mereka memahami kaedah kritikan. Bagi mempermudahkan tugas pelajar, aku telah meminta mereka mengkritik salah satu cerpen Zanazanzaly. Kedua, aku telah menubuhkan Kelab Bahasa Melayu (Kebayu) pada tahun 2010. Maka majlis ini menjadi sebahagian aktiviti Kebayu. Ketiga, aku bercita-cita menghidupkan aktiviti kesusasteraan di IPGKKB. Tentunya, majlis ini sangat membantu. Bagi mencapai hasrat yang ketiga ini juga, aku turut menganjurkan siri Diskusi Pengajian Melayu dengan cara menggalakkan rakan-rakan sebagai ahli panel. Pada tahun 2010, aku berjaya menganjurkan dua siri. Manakala, pada tahun ini menampakkan kemajuan dari segi kesediaan rakan-rakan menjadi ahli panel. Dalam kertas kerja projek telah tersenarai aktiviti sehingga bulan Oktober 2011. Aku harap perancangan ini berjalan lancar. Pada 20 Februari 2011 telah berlaqngsung Diskusi Pengajian Melayu Siri 3. Encik Ruziman Omar telah dilantik sebagai panel yang memperkatakan "Mendekati Teori Feminisme."
Ahad, 20 Mac 2011
Terancamkah Orang Melayu?
Pada 18 Mac 2011 bertempat di KTC berlangsung Forum Perdana yang membincangkan FRU 13: Terancamkah Orang Melayu? Ahli panelnya ialah YB Khalid Samad (PAS), Datuk Aziz (UMNO), Dr Asyraf (UIAM) dan Dr Abu Hassan (UM).
Sebagaimana biasa, orang politik saling menyalahkan lawan dan menegakkan diri. Akibatnya, isu perbincangan sering tersasar. Justeru, aku berpendapat forum ini gagal menemui matlamatnya.
Masa depan orang Melayu dalam negara Malaysia mula dibincangkan selepas PRU 12, apabila UMNO BN kalah teruk dalam pilihan raya. Jika UMNOBN masih menang bergaya, permasalahan dan masa depan orang Melayu tidak akan dianggap sebagai isu, sebagaimana tiada usaha memartabatkan kaum peribumi di Sarawak.
Sabtu, 19 Mac 2011
Pakar
Sejak sebulan, Prof Ahmad Pengalaman asyik mundar-mandir tak keruan. Kedua-dua tangan dikilas ke belakang dan jalannya asyik tunduk sahaja. Menurut Setiausahanya, Cik Limah, sudah sebulan juga Prof. Ahmad Pengalaman tidak berselera makan. Makanan yang dibawa olehnya terbungkus kekal di atas meja sopa.
Pada mulanya, Cik Limah beranggapan Prof. Ahmad Pengalaman tidak berselera kerana asyik makanan sama sahaja. Cik Limah ubah menunya, namun makanan itu begitu juga. Terbiar.
Entah kerana kesian, entah kerana tidak sanggup melihat pembaziran, Cik Limah memberanikan diri bertanya akan sebab makanan dibelinya itu tidak terjamah oleh Prof. Ahmad Pengalaman.
Langgan:
Catatan (Atom)