Interlok ialah sebuah novel karya SN Abdullah Hussein. Kisah dalam Interlok diambil daripada realiti etnik yang ada di Malaysia. Novel ini terhasil sekitar 1980-an. Ia bukan novel yang lahir daripada imaginasi pengarang semata-mata. Novel ini merakam realiti etnik - pemikiran, perlakuan, dan imej dari pelbagai persepsi. Ertinya, novel Interlok bertolak daripada realiti fakta. Namun, untuk sesebuah karya kreatif, fakta semata-mata tidak membantu menghasilkan karya yang menarik. Oleh sebab itu, fakta yang ada perlu diimaginasikan.
Setelah sekian tahun Interlok beredar dalam masyarakat, dibeli dan dibaca oleh pelbagai etnik, sama dari dalam mahupun luar negara, dan antara karya yang mengangkat pengarangnya meraih Anugerah Sasterawan Negara, tiba-tiba Interlok menjadi sangat kontroversi.
Segelintir masyarakat dari etnik India begitu marah, bangkit menunjukkan keindianan mereka. Sedangkan, Interlok juga membicarakan tentang etnik Cina dan juga etnik Melayu. Namun, yang rasa tersinggung ialah etnik India. Lantaran itu, segelintir daripada mereka bangkit membakar Interlok. Tempat pembakaran itu berlaku di Klang, satu kawasan yang popular dengan kegiatan jenayah etnik India. Apakah novel Interlok itu dibakar oleh mereka? Hal ini tidak dapat dipastikan.
Pihak pertama yang membangkitkan sentimen kaum ini ialah YB T. Murugiah, satu politikus India yang ditolak oleh politikus India yang lain. Beliau sendiri telah 'mengharamkan' novel Interlok daripada memasuki ruang pembelajaran, satu ruang yang dimiliki oleh pihak lain. Secara kiasan, T. Murugiah telah menceroboh rumah orang dan mahu membuang perabut-perabut yang ada dalam rumah orang itu. Demikian, hebatnya T. Murugiah.
Tidak dapat dipastikan apakah kebangkitan T. Murugiah menentang Interlok itu lahir daripada kesan beliau membaca Interlok. Atau, beliau mendapati ada seseuatu dalam Interlok yang membahayakan masyarakat dan negara. Lantaran itu, Interlok perlu disekat dan 'dinyahkan' daripada dikaji dan diketahui umum akan kenagetifan Interlok itu.
Walau bagaimanapun, kita yakin ada kumpulan yang mendesak beliau agar membuat apa yang dibuat sekarang. Oleh sebab, Interlok merupakan sebuah karya sastera, maka kita yakin bahawa pendesak itu datang daripada masyarakat sastera. Melihat hanya masyarakat India sahaja yang tersinggung, maka dipercayai bahawa masyarakat sastera yang menjadi pendesak itu datang dari etnik India juga. Namun, mereka tidak menunjukkan wajah, malah tidak datang pun menunjukkan aspek yang dibantah apabila Persatuan Penulis Nasional (PENA) menganjurkan diskusi Interlok.
Apabila beliau orang pertama menimbulkan rasa tidak puas hati hingga membangkitkan demonstrasi jalanan (satu perbuatan yang dibenci oleh kerajaan, namun dilakukan oleh politikus kerajaan sendiri) hingga yang terkini ialah membakar Interlok. Tentulah rentetan peristiwa itu ada kaitan dengan T. Murugiah, dan masyarakat boleh beranggapan bahawa T. Murugiah merupakan dalang di sebalik semua perlakuan anti Interlok itu. Penglibatan Siti Mariah dan Manoharan adalah sampingan dan menangguk air keruh.
Kenyataan YB Ibrahim Ali (Sinar Harian, 11.1.11) yang mengatakan YB Siti Mariah dan YB Manoharan sebagai dalang di sebalik pembakaran novel Interlok adalah ibarat 'orang buta sebelah mata.' Beliau juga cuba menangguk air keruh tanpa mengetahui 'menantang' apakah yang ingin ditangguk.
Kalau YB T. Murugiah itu watak berbahaya yang mencetuskan sentimen, disambut oleh YB Siti Mariah dan YB Manoharan, maka YB Ibrahim Ali pula bersifat angin yang meniupkan bara api yang sedang membakar ke kawasan lain.
Kita tidak mengetahui dengan jelas akan sebab segelintir masyarakat India yang digerakkan oleh T. Murugiah agar membenci Interlok. Bukan sahaja novel Interlok yang dibakar melainkan juga gambar pengarangnya. Tidak pula diketahui akan sebab kemarahan kepada pengarang kerana sepanjang kontroversi novel Interlok tidak pula ada kenyataan daripada pengarang. Mungkin juga mereka mahu memberitahu bahawa selepas membakar novel Interlok, mereka akan membakar pengarang novel Interlok. Hanya mereka yang tahu perancangan seterusnya.
Walau apapun, saya berpendapat bahawa tindakan jalanan itu tidak tepat. Sebagaimana selalu ditegaskan oleh pemimpin Barisan nasional, rakyat yang matang perlu menggunakan saluran sah menyalurkan bantahannya. Justeru, saya berpendapat, seseorang pemimpin yang masih ada kote dan jantannya, isu ini tidak perlu dilayan. Jika ada layanan, maka sahlah bahawa pemimpin berkenaan dan organisasi yang diwakilinya tidak perlu diberikan sokongan.
5 ulasan:
pembakaran itu adalah suatu pencemaran...apatah lagi kalau ia turut dimarakkan api fitnah dan hasutan...
persoalannya, mengapa kemelut ini meraja di tengah-tengah nazaknya nafas hayat siasah penguasa...dan novel SN kita menjadi mangsanya?!
Kalau protes Interlok berjaya, maka akan ada protes lain. Dlm protes Interlok ada KIMA. Kima pernah saman DBP kerana perkataan KELING. Kima sedang mohon masuk BN. Apakah motifnya?
Tuan...masih terfikir di benak sy..apakah makna "Interlok" sebenarnya & mengapa dipilih sbg judul buku tg.5 itu?
sy belum brkesempatan utk mmbaca novel ini..hanya membaca sinopsisnya..
dan di mana perginya puak2 yang kononnya pejuang bangsa..pejuang bahasa...kalau utk sekelumit kuasa,tidur dijalanan pun rela..cukupkah sekadar melalak dilaman2 blog..
AN,
Sebaiknya kita berfungsi ikut acuan masing-masing, asalkan matlamatnya sama. Tak elok kalau semua keluar di jalan raya. Tak elok juga kalau semuanya dalam blog. Yang penting, memberi sumbangan terbaik tanpa merosakkan sistem / moral
Catat Ulasan