Akhbar Sinar Harian pada 15 Disember 2009 melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di Parlimen bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Nasir Ibrahim (BN Kuala Nerus) di bawah tajuk, “11,770 rakyat asing mohon kerakyatan Malaysia.”
Katanya, bilangan pemohon dari tahun 2005 – September 2009 ialah sebanyak 3,405 pemohon dari Indonesia, 1,115 (Kemboja), 501 (China), 494 (India), 461 (Filipina), 392 (Thailand) dan lain-lain negara (4,547).
Pemohonan ini adalah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 15 (1), 15(2), 15A dan Perkara 19(1).
Pemohonan ini akan diproses dalam masa tiga tahun. Status pemohon adalah pelbagai, daripada suri rumah hingga tenaga profesional.
Kriteria yang ditetapkan sebagai layak diterima ialah (a) berkelakuan baik, (b) tidak melanggar undang-undang negara, © mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu, (d) menumpukan taat setia kepada negara, (e) kepakaran dan sumbangan pemohon, dan (f) ada pertalian keluarga dengan rakyat negara ini.
Yang jelas tiada kriteria wajib (utama) ditetapkan. Sejarah diri, rekod jenayah masa lampau, dan pengetahuan tentang undang-undang Malaysia para pemohon juga tidak diambil kira. Justeru, saya berpendapat bahawa pengganas Tamil Ealam, atau Thasin Sinawarat, atau buruh ladang dari Timur Laste, atau sesiapa sahaja layak menjadi rakyat Malaysia. Justeru, mengapakah pemohonan pejuang PKM, Chin Peng, hendak ditolak.
Demikian juga, syarat yang berkaitan dengan bahasa Melayu adalah sangat longgar. Maka tidak hairanlah, ada warganegara berusia 49 tahun, hidup dalam negara Malaysia yang telah 52 tahun merdeka, orang berkenaan masih tidak tahu berbahasa Melayu. Mungkin dia baru beberapa hari lepas diterima sebagai warganegara Malaysia, dan pengetahuan 'memadai' tentang bahasa Melayu telah 'memadam.'
Jika fenomena begini masih berterusan, maka akan lahir warganegara yang 'cinta di mulut tetapi benci di perut.' Mereka mengutamakan kepentingan diri daripada negara merdeka.
Saya fikir, kriteria di atas perlu disemak kembali agar Malaysia bebas daripada pengganas, dan warganegaranya betul-betul mencintai negara Malaysia. Kini saya dapati, kelakuan dan tindakan para politikus, lebih cenderung 'menjahanamkan kemerdekaan negara' daripada membina Malaysia. Oleh sebab itu, Malaysia menghadapi pelbagai karenah devian daripada orang politik hingga seluruh muka dan badan rakyatnya kecemaran. Hal ini perlu segera dibendung. Salah satu caranya, saya fikir, kriteria yang dikemukakan oleh Pn. Halimah sebagai syarat menerima lamaran Sasterawan Negara Arena Wati, boleh digunapakai.
Makna Setia
Setelah berkali-kali gerhana
bulan tetap pada malamnya
matahari tetap pada siangnya rumput masih tumbuh di padang
matahari tetap pada siangnya rumput masih tumbuh di padang
berkali mati diracuni kemarau azan masih memanggil solat
betapa janji sudah termeterai setia itu seperti
cinta Halimah pada negaranya
cinta Arena Wati pada Halimahnya
cinta Halimah pada negaranya
cinta Arena Wati pada Halimahnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan