Sebut saja nama Prof. Ahmad Pengalaman, orang akan menggangguk. Maklumlah, siapa tidak kenal Prof. Ahmad Pengalaman. Semua orang kenal. Yang baharu datang pun kenal. Lebih-lebih lagi yang telah berkulat dan melekat di sini, bertambahlah kenalnya.
Prof. Ahmad Pengalaman mula menjadi guru sekitar 30 tahun lampau. Dia pernah bertugas di sekolah rendah dan menengah. Dan kini sudah 25 tahun Prof. Ahmad Pengalaman bertugas di IPG. Maka ramailah anak muridnya dan tersebar di pelusuk bumi Sejantung ini.
Dulu Prof. Ahmad Pengalaman bertugas di IPG Nantang. Tidak lama, hanya 5 tahun sahaja. Kini, Prof. Ahmad Pengalaman bertugas di IPG Kijang. Campur tolak kali bahagi, rupa-rupanya sudah 20 tahun Prof. Ahmad Pengalaman bertugas di IPG Kijang.
Mulanya sebagai pensyarah biasa di JIH. Tidak lama kemudian beliau dinaikkan pangkat jadi profesor. Apabila kawan-kawan bertanya akan kriteria dia dipilih dan diberikan jawatan profesor, maka beliau menjawab;
"Sudah 20 tahun saya mengajar di IPG. 10 tahun mengajar di sekolah. Takkan pengalaman 20 + 10 = 30 itu tidak melayakan saya memperoleh jawatan profesor." Jawab Prof. Ahmad Pengalaman. "Di universiti," sambung beliau. "Baru 5 tahun tamat belajar Ph.D sudah diberikan jawatan profesor. Ilmunya masih mentah," tegas beliau lagi.
Sejak itulah beliau memperoleh gelar Prof. Ahmad Pengalaman. Kini, Prof. Ahmad Pengalaman telah menjadi Ketua Jabatan IPG.
3 ulasan:
Hebat betul demo berinderaloka. Ada orge di IPT dah 10 tahun Phd + pengalaman menajar 30 tahun + 40 tahun pengalaman pun masih tak bergelar profesor. Kalau mcm tu, cemerlang sungguh prof. ahmad pengalaman tu?
salam cikgu,
Kembali bertamu, setelah
sekian waktu!
Hairan, lamanya tidak membantu. Tapi apakah lama itu mesti bermutu?
Ini cerita dlm kategori realisme subjektif
Catat Ulasan