Jumaat, 18 Ogos 2017

Aku di IPGKBM

Aku mula berkhidmat di IPG Kampus Bahasa Melayu pada 17 Februari 2014 di Jabatan Bahasa Melayu diketuai Dr Mohd Sabri Bin Che Man. Pada Januari 2016 aku beralih ke Jabatan Kesusasteraan Melayu diketuai oleh Tuan Zainab Binti Wi. Bermula pada Jun 2016 aku ditempatkan pula di Jabatan Pengajian Melayu (JPM) setelah Jabatan Bahasa Melayu dan Jabatan Kesusasteraan Melayu dicantumkan. Ketuanya Tuan Zainab Binti Wi. Pada semester itu juga aku dilantik sebagai Ketua Bidang Sastera dan Budaya Melayu, manakala Zanariah Binti Ibrahim mengetuai Bidang Bahasa Melayu. Pada Januari 2017, JPM diketuai oleh Norhayati Binti Md. Yatim. Bidang Bahasa Melayu dan Bidang Sastera dan Budaya Melayu dimansuhkan. Mulai Jun 2017 JPM diterajui oleh Datin Mastura Binti Mohamed Berawi.




Ibu dan Kakaku

Ibu, Habsah Binti Yacob

Kakak, Ramlah Binti Ismail

Rabu, 5 Julai 2017

SMPN 1, Merapi Selatan

Pada 20 Mac 2017, melawat SMP Negeri 1 Merapi Selatan. Sekolah ini agak pendalaman, tetapi boleh dimasuki dengan bas. Muridnya sekitar 200 dan gurunya sekitar 20 orang.












Arca Manusia

Pada 20 Mac 2017, aku melawat Arca manusia di Tanjung Telang. Arca ini terdapat dalam kawasan sekolah dasar dan dijaga dengan rapi. Ia menjadi salah satu monumen tarikan pelancongan.





Melawat Bukit Si Guntang

Pada 19 Mac 2017, aku bersama teman-teman dari IPGKBM, IPGKRM dan UKM melawat Palembang. Kami sempat singgah di Bukit Si Guntang, tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma. Malangnya, kami tidak dapat masuk kerana monumennya sedang diperbaiki bagi menyambut pelancong sempena Sukan Asean Jakarta - Palembang 2018.



Mekar Bunga


Isnin, 16 Januari 2017

Kata Penghantar Antologi Dermaga Hayat



TAUTAN KREATIF JIWA BUDI EMPAT PENYAIR MUDA TERENGGANU
Oleh Nassury Ibrahim

Betapa ramai, manusia mempunyai satu jiwa yang sama, iaitu ingin sejahtera dan maju. Termasuk dalam sejahtera ialah rasa damai, bahagia, dan kasih-sayang. Manakala maju ialah mencapai kejayaan setinggi dan sehebat mungkin. Kejayaan dalam kalangan masyarakat, kejayaan dalam lapangan kerjaya, dan kejayaan setelah beralih ke dunia yang lain. Untuk mencapai kesejahteraan dan kemajuan, manusia sentiasa merefleksi diri dan kehidupan di sekitarnya. Mereka akan menemui pelbagai fenomena yang memeritkan. Daripada fenomena itu timbul keinginan membaiki pemasalahan, sama ada pemasalahan peribadi mahupun pemasalahan dari sekitar dirinya. Maka timbul pula keinginan mencipta, baik dalam aspek material mahupun nonmaterial. Semuanya untuk mengembalikan struktur budaya dan masyarakat yang telah rosak.

Sifat mencipta ini dipanggil kreativiti. Nilai kreativiti terbit daripada akal yang sihat dan kaya maklumat. Manusia selalu mencipta (dan membaharui ciptaan) kerana tidak mahu kehancuran. Kemajuan pada zaman Yunani dianggap lapuk pada zaman renaisans. Kemajuan pada zaman renaisans dianggap ketinggalan pada zaman sains, dan seterusnya pada zaman Teknologi maklumat dan komunikasi kini yang boleh dianggap zaman kesatuan bangsa dan negara. Bagi mengelak kelapukan nikmat hidup (kehancuran), manusia terus mencipta dan memperbaharui struktur-struktur kebudayaan material dan nonmaterial. Mencipta yang baharu atau membaiki yang rosak.