Rabu, 2 April 2014

Kehilangan Sasterawan

Akhir Mac 2014 Malaysia kehilangan sasterawan dari Perlis Indera kayangan, Tuan Haji Nahmar Jamil dan disusuri oleh Prof. Dr Sahlan Mohd Saman, seorang sarjana dan ahli akademik. Saya tidak mengenali mereka berdua secara dekat, namun sebagai peminat dalam genre yang sama, kehilangan mereka adalah cukup terasa. Nahmar menulis sajak, cerpen, novel, esei dan menterjemah karya-karya khususnya dari Timur Tengah. Manakala, Prof. Sahlan lebih dikenali sebagai pengkritik karya kesusasteraan. Semoga usaha mereka dalam genre kesusasteraan dan pendidikan membuahkan saham untuk mereka menjana kehidupan di akhirat, aamiin.

             

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hidup umapama roda dan ada fitrah..apabila usia telah melangkau ke 55 ke atas usahlah pecut lagi....banyakkanlah ke arah kerohanian dan menjaga kesihatan. lngat-ingatlah wahai teman jangan fikir mahu sampai 60! Belum tahun boleh celik atau tidak mata lagi.....kembalilah kepada kesederhanaan.wasatiyah.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Nasihat yang sangat berguna. Semoga Allah berterusan mempermudahkan segala urusanku. aamiin.