Sabtu, 17 November 2012

Pejuang Bahasa

bak Sisipus memikul batu
ke puncak gunung
pejuang bahasa menjulang
mutiara bahasa
ke puncak bangsa

sampai di puncak
batu ditendang Sang Maharaja
demikian mutiara bahasa
bergolek berguling berkecai
ditendang Sang Penguasa

Sisipus tak henti usaha
memikul batu cinta
pejuang tak henti tega
menjulang mutiara bahasa

hanya itulah sahaja
usaha cinta bahasa
selain doa
semoga Sang Penguasa
bukan musuh bangsa.


NASSURY IBRAHIM
31.7.2009

4 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Salam perkenalan. Moga sama-sama kita memartabatkan bahasa kebangsaan.

abuyon berkata...

Pejuang bahasa kena jadi pejuang politik dan menguasai, barulah bahasa dapat dijulang, Insya-Allah!

abuyon berkata...

Pejuang bahasa kena jadi pejuang politik dan menguasai, barulah bahasa dapat dijulang, Insya-Allah!

melalu berkata...

Lebih baik kuasai bahasa aje daripada nak kuasa.

Tak kuasa dengar! :-))