DALAM karya lipur lara Melayu,
konsep ruang dan waktu begitu ketara sekali. Para penglipur lara mengekploitasi
sepenuhnya makhluk dan segala isi alam untuk membentuk konsep ruang dan waktu.
Kedua-dua konsep itu ditandai bukan sahaja dengan pengisian manusia, malahan
juga ditandai dengan pengisian haiwan dan tumbuh-tumbuhan, makhluk halus dan
imaginasi pencerita sendiri yang diambil daripada cerita-cerita sejarah,
dongeng atau mitos. Semua cerita yang diserap telah diadun dengan kreatif sehingga
ceritanya menjadi menarik dan berkesan, sesuai dengan cerita lipur lara yang
bersifat advanture. Kekreatifan
penglipur lara menyampaikan cerita juga boleh menjadi tali yang mengikat perhatian khalayak agar menonton persembahan
yang kadang-kala berlarutan sampai berhari-hari lamanya.