Sabtu, 1 Mei 2010

Pemimpinku Berkaki Botol!

Akhbar Siasah bilangan 0198 bertarikh 2 - 8 Mei 2010 halaman 3 di bawah tajuk Kaki botol: Zaid saman Utusan Malaysia, antara lain Zaid Ibrahim berkata, "Saya bukan kaki botol. Saya minum tidak lebih daripada apa yang diminum oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain."

Wah, rupanya khalifah dan pengasas negara Islam Malaysia, dan presiden (mantan) Persatuan Peguam Muslim pun minum arak juga! Kalau khalifah minum arak, apalagi mereka bukan khalifah. Ketua bahagian / cawangan lebih-lebih lagi gamaknya!

Saya setuju Zaid Ibrahim saman Utusan, bukan kerana mahu memenangkan beliau dalam PRK di Hulu Selangor, tetapi kerana mahu tahu, siapakah lagi 'kaki botol' dalam kalangan pemimpin negara Islam Malaysia.

2 ulasan:

Zawawi Aziz berkata...

Salam.
Zaid bengang amat kerana Dr M menuduh dia (Zaid) di atas pentas ceramah di Hulu Selangor
apabila mabuk akan melompat ke parti lain.

Demikianlah orang tua itu ketagihan menggunakan kehebatan fikirannya.

Supaya kita tenteram dan mencari rahsia tuhan
melalui contoh manusia seperti ditunjukkan
di atas muka bumi ini.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Ya, bagai membenarkan perumpamaan Melayu (a) Katak dulang paku serpih, (b) Bagai meludah ke langit, (c) gajah di seberang lautan nampak ... (d) Kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi, (e) Marahkan nyamuk kelambu dibakar, dan ...