Ahad, 9 Ogos 2009

Anugerah Doktor Pembangunan Pertanian

Nak ketawa ada, rasa kesal pun ada apabila membaca berita 'Pak Lah dianugerah Doktor Pembangunan Pertanian sempena Konvokesyen Ke-38 Universiti Putra Malaysia.'
Apalah jasa Pak Lah dalam bidang pertanian sehingga layak dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Pertanian. Bukan mahu menafikan kelayakan Pak Lah menerima anugerah 'doktor', namun bidang yang dianugerahkan itu tidak sesuai untuk Pak Lah.
Setahu saya, jasa Pak Lah paling besar ialah dalam bidang agama seperti mempekenalkan konsep Islam Hadhari. RTM selalu melaporkan bahawa Islam Hadhari diterima oleh negara-negara yang dilawati oleh Pak Lah, termasuk negara Arab sendiri. Tidakkah itu membuktikan sumbangan besar Pak Lah dalam bidang agama. Jasa ini tidak termasuk Program J-Qaf, pembangunan modal insan, dan usaha membaik-pulih bidang agama yang dimusnahkan oleh bekas menteri pelajaran.
Selain itu, Pak Lah berusaha menaikkan imej negara melalui bidang intergriti, ketelusan dan diplomasi. Walaupun usaha Pak Lah dalam bidang intergriti seakan tidak dihargai oleh SPRM dan PDRM. Itu kerana kedurjanaan mereka, bukan salah Pak Lah.
Memang Pak Lah banyak berkorban sehingga sanggup meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Dr Mahathir yang didesak berkali-kali oleh rakyat agar letak jawatan, pun masih terus mempertahankan jawatannya itu.
Saya percaya dan yakin, Pak Lah lebih layak dianugerahkan Doktor Pembangunan Islam, atau pembangunan insan atau intergriti, bukannya pembangunan pertanian. Saya anggap penganugerahan Doktor Pembangunan Pertanian itu sebagai menghina imej Pak Lah. Malah, jasa Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam bidang pertanian, lebih besar daripada jasa Pak Lah.
Walau bagaimanapun, saya bersyukur juga kerana UPM tidak menganugerahkan Prof. Emeritus kepada Pak Lah. Kalau tidak, para ilmuan UPM akan dianggap kemandulan ilmu.

Tiada ulasan: