Saya setuju dengan cadangan Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), Mustar Bona Ventura Manurung, agar kerajaan Indonesia membawa pulang semua rakyatnya di Malaysia, kecuali yang berkhidmat di kedutaan. Kita pun amat besar hati jika Mustar sendiri menguruskan membawa pulang rakan-rakan mereka. Tidak kiralah cara mana sekali pun, yang penting bawa balik semuanya. Kita pun sudah bosan memikul biawak hidup. Kerajaan Malaysia juga perlu menyahut permintaan Mustar ini. Bolehlah projek pemutihan dijalankan sekarang. Pemimpin-pemimpin lelaki, janganlah ditunggu-tunggu arahan daripada isteri baru hendak bertindak. Demikian, pemimpin wanita. Jangan tunggu arahan / restu suami baru hendak melaksanakan. Dan polis, di bawah kepimpinan baharu, bolehlah melaksanakan projek pemutihan kali kedua ini.
Khamis, 2 September 2010
Isnin, 30 Ogos 2010
Belajar Dari Namewee
Namewee atau Wee Meng Cheng buat hal lagi. Dahulu dia pernah menghina lagu rasmi negara Malaysia. Kali ini dia dikatakan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman. Apakah klip video berkenaan tidak tersengaja?
Saya boleh percaya kalau kes pertama dahulu dibuat tanpa terfikir sensitiviti atau adab sebagai warga negara yang dihinakan lagunya. Untuk kes yang kedua ini, pada pandangan saya, adalah disengajakan. Mungkin beliau berasa bangga kerana terlepas daripada hukuman pada devian yang pertamanya. Kali ini, barangkali, dia mahu menguji kerajaan atau pihak keselamatan dalam menangani deviannya. Kalau benar, bererti beliau sengaja mencabar atau menghina negara.
Isnin, 23 Ogos 2010
Imam Tarawih
Tok-tok imam Malaysia tidak berguna. Tidak tahu memimpin solat terawih. Mereka hanya mampu memimpin solat fardu yang dua, tiga dan empat rakaat sahaja. Apabila mahu mengerjakan solat sampai lapan rakaat, mereka tidak mampu. Maka diserahkan kepada orang lain memimpin solat terawih. Barangkali tok-tok imam di Malaysia sudah tua baka belaka. Tenaga tidak kuat mengerjakan solat terawih. justeru, sekali lagi saya katakan, tok-tok imam di Malaysia tidak berguna sepenuhnya.
Isnin, 16 Ogos 2010
Sebuah Muzium Melayu
| Rumah ini dirakam di Penanti, lambang kemiskinan di P. Pinang |
Pulau Pinang dipilih kerana sesuai dengan nasib yang dialami oleh orang Melayu, khususnya orang Melayu di Pulau Pinang. Mereka kian terpinggir dan terhesot ke dalam laut. Sejak tahun 1970-an sudah ada perbincangan nasional tentang keterpinggiran orang Melayu di Pulau Pinang. Keterpinggiran itu terus berlaku dan kian membesar, sama ada di bawah kuasa Barisan Nasional mahupun Barisan Pakatan Rakyat.
Ahad, 15 Ogos 2010
Wang Dinar Emas
Aku sokong Kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan Wang Dinar Emas di Kelantan. Lagipun, wang itu wang pilihan. Pembeli dan penjual boleh memilih untuk berjual-beli dalam mata wang kertas atau Wang Dinar Emas. Wang kertas Bank Negara Malaysia (BNM) masih laku dan halal digunakan di Kelantan.
Aku tidak dapat terima alasan Dr Awang Adik Hussein (Berita Minggu, 15 Ogos 2010) dan Mustaffa Mohamad (Sinar Harian, 15 Ogos 2010) yang menganggap Kerajaan PAS Kelantan melanggar undang-undang (BNM) apabila memperkenalkan Wang Dinar Emas di Kelantan.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Dua minggu lepas, pejabat aku mengadakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Seperti biasa memang timbul rasa tidak puas hati terhadap penerima. Apapun, pada padangan aku, kalau berlaku kesilapan, ia bukan salah penerima. Sebaliknya, penilailah (pihak pentadbir) yang silap kerana tidak perihatin sehingga orang yang sama menerima dalam masa terdekat. Atau, orang yang tidak layak menerimanya.
Aku tidak pernah menerima APC, cuma hampir menerima sahaja. Aku ada cerita yang boleh dikongsi akan kebejatan pemberi APC.
Khamis, 12 Ogos 2010
Pemikiran Kemala dalam Kumpulan 'Ayn: Satu Pembicaraan Menjadi Penyair Bertakmilah
Pengenalan
Tulisan ini dimulai dengan petikan sajak Awang Abdullah berjudul “Sebatang Mancis.”
Setiap hariberibu orang menulis sajaktapi tanyalahberapa orang yang memahami sajakatau lebih baikmembuat kesimpulan sendiribahawa sajakhanya batang-batang mancisyang patahdan penyairhanya punting-punting rokokdi kaki lima
Sajak ini mendedahkan pemikiran Awang Abdullah. Memang ramai yang ingin menjadi penyair. Malangnya, tidak ramai yang berjaya menjadi penyair. Dalam sedikit itu, tidak ramai pula menepati ciri-ciri penyair bertakmilah (sempurna). Tidak bernilai di sisi masyarakat dan tidak bernilai di sisi agama. Penyair demikian umpama punting-punting rokok di kaki lima.
Menyedari hal tersebut, tulisan ini berusaha meneroka pemikiran takmilah (pengindahan dan penyempurnaan insan) dalam sajak. Untuk itu, sajak-sajak Kemala dalam kumpulan ‘Ayn telah dijadikan bahan kajian. Pemilihannya berasaskan pengiktirafan umum terhadap Kemala sebagai penyair Islam dan ‘Ayn sebagai kummpulan sajak berunsurkan Islam
Rabu, 11 Ogos 2010
Empat Penyair Gema
Pengenalan
Saya tidak pasti bilakah Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (Gema) ditubuhkan. Seingat saya, sewaktu saya mengikuti aktiviti kesusasteraan di Kelantan pada pertengahan dekad 1980-an, Gema telah ada. Seingat saya juga, pada masa itu, Gema dipimpin oleh Zainal Abidin Muhamad. Dan, saya sendiri sempat mengikuti beberapa aktiviti Gema, di samping aktiviti dianjurkan oleh Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Persatuan Penulis Tumpat (Pesisir), Persatuan Penulis dan Seniman Kelantan (Puspa), Rumpun Seni Melayu Kelantan (RSMK). Setelah dua puluh tahun meninggalkan Kelantan, dan setelah kembali ke Kelantan (tahun 2008), saya dapati Gema masih dipimpin oleh Zainal Abidin Muhamad. Justeru, saya menganggap Zainal Abidin Muhamad merupakan antara segelintir aktivis yang lama memimpin persatuan penulis. Kelamaan ini tentulah dipertahankan oleh bakat kepimpinan dan keupayaan Zainal Abidin Muhamad menggerakkan aktiviti persatuan sehingga Gema menjadi persatuan penulis yang beridentiti. Ini bererti, Zainal Abidin Muhamad adalah Gema dan Gema adalah Zainal Abidin Muhamad.
Selasa, 10 Ogos 2010
Sasterawan Melayu susah
Oleh Aznan Bakar (aznan.bakar@utusan.com.my)
Bercakap tentang sastera Melayu seolah-olah ia sudah tidak ada masa depan. Dengan perkembangan dunia Internet karya sastera sudah tidak dihiraukan.
Sasterawan yang pernah menghasilkan karya-karya besar, yang pernah dipuja dan disanjung satu ketika dahulu kini tidak lagi mempunyai peranan dalam masyarakat.
Malah karya mereka semakin dilupakan. Kalau dianggap menjadi hiasan pada rak-rak buku di institusi pengajian tinggi sudah boleh dikira bertuah.
Tetapi untuk melihat ia dijual di kedai-kedai buku ternama jangan harap sangat. Mungkin pada sesetengah orang, karya sasterawan tempatan ini terutama yang dihasilkan pada zaman sebelum merdeka dan awal kemerdekaan tidak ada nilai komersial. Jadi tidak guna ia diulang cetak dan diberi layanan istimewa oleh kedai-kedai.
Malang Gaza dan Sial Mesir
Ini emel yang saya terima daripada Mohd Azle Lee, tentang sikap Mesir dan nasib malang Gaza. Anda baca dan fikirlah sendiri
"Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Isnin, 9 Ogos 2010
TEKS UCAPAN SEMPENA KONVOKESYEN IPG – KKB KE - 47
Teks di bawah merupakan teks ucapan yang aku karang untuk orang berkenaan baca dalam ucapan perasmiannya.
1. Pertamanya marilah kita mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul di Dewan Wawasan pada hari yang sangat berbahagia ini untuk meraikan kejayaan para graduan. Sudah pasti para graduan berasa amat gembira kerana di majlis ini saudara-saudari akan dinobatkan sebagai guru permulaan yang bertauliah. Sebenarnya, kejayaan para graduan itu adalah juga kejayaan kita sebagai ibu bapa, pensyarah, kakitangan IPG dan keluarga IPG Kampus Kota Bharu, serta sanak-saudara yang sama-sama hadir di dewan yang indah ini. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua graduan yang bakal menerima diploma dan sijil masing-masing sebentar nanti.
Ahad, 8 Ogos 2010
Perpaduan Melayu
Apabila mufti Perak menyarankan agar orang Melayu bersatu, timbul pertanyaan: Apakah orang Melayu tidak bersatu? Pertanyaan ini basi sebagaimana isu ini juga basi.
Saya rasa bosan apabila mendengar orang politik bercakap tentang bersatu, sedangkan kita tahu bahawa dirinya sendiri tidak amal nilai bersatu yang dilaungkan itu. Sejak saya di sekolah rendah hingga ke universiti, dan kini sudah bekerja - isu bersatu inilah yang dijaja sehingga naik muak mendengarnya.
Sabtu, 7 Ogos 2010
HADIAH SASTERA MALAYSIA (1971 - 1989)
Pengenalan
Penubuhan Hadiah Karya Sastera (kemudiannya dikenali sebagai Hadiah Sastera Malaysia (HSM). Selepas ini ditulis HSM sahaja ) dalam dekad 1970-an telah merancakkan lagi perkembangan kesusasteraan Melayu moden, di samping peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah. Para penulis menganggap HSM sebagai hadiah kesusasteraan paling berprestij dalam dekad 1970-an. Mereka juga menganggap HSM sebagai pengiktirafan paling bermakna daripada kerajaan Malaysia. Walaupun HSM dalam dekad 1980-an menduduki tempat kedua selepas Anugerah Sastera Negara, namun HSM masih menjadi kebanggaan. Di kalangan penulis, mereka menganggap HSM sebagai tiket pengesahan dan pengiktirafan kepada penglibatan mereka sebagai pengarang kesusasteraan.
Isnin, 2 Ogos 2010
Sukar Percaya
Akhbar Kosmo! 20 Julai 2010 memetik blog Che Det (Dr Mahathir Mohamed) yang mencadangkan agar kerajaan sekat laman web lucah. Sukar nak percaya bahawa cadangan itu datang daripada orang bernama Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia.
Cadangan itu disebabkan beliau bimbang dengan keselamatan negara dan kemerosotan moral para generasi baharu, satu kebimbangan yang tidak pernah dirisaui oleh para pemimpin ketika itu.
Cadangan itu disebabkan beliau bimbang dengan keselamatan negara dan kemerosotan moral para generasi baharu, satu kebimbangan yang tidak pernah dirisaui oleh para pemimpin ketika itu.
Dr Mahathir Mohamed merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan alam siber di negara ini pada era 1990-an. Pada masa itu (1990-an), laman-laman lucah begitu bermaharajela di ruang skrin komputer apabila seseorang melayari internet. Tanpa diminta, laman web lucah datang menawarkan khidmat mereka.
Seingat saya, golongan paling kuat membantah dan meminta kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamed menyekat laman web lucah ialah kumpulan partai PAS. Antara pemimpin pembangkang yang banyak menyuarakan kebimbangan masalah ini ialah Salahuddin Ayob. Malangnya, barisan pemimpin beliau dan beliau sendiri tidak ghairah menyekat kemasukan laman web lucah berkenaan. Mereka menyerahkan kepada rakyat menilai baik dan buruknya. Hasilnya, para generasi muda dan tua 'berlumba-lumba menjerumuskan diri’ dalam pelbagai gaya gejala maksiat hingga ramai remaja melahirkan anak haram jadah.
Kini beliau telah sedar kesilapannya menolak cadangan PAS agar kerajaan melalui agensi komunikasinya menyekat laman berkenaan. Dr Mahathir yang dianggap bijak itu, rupa-rupanya 10 tahun ketinggalan berbanding Salahuddin Ayob.
Walau apapun, tahniah kerana akhirnya Dr Mahathir sedar juga akan peribahaya laman web lucah. Malangnya, kesedaran itu lahir setelah beliau tiada kuasa dan mampu bercakap sahaja, sebagaimana status Salehuddin Ayob dulu.
Rekod Tak Perlu Dibanggakan
Akhbar Kosmo!, 26 Julai 2010 melaporkan tajuk “Bilionair Malaysia Cipta Rekod di New York.” Saya rasa bangga membaca tajuk berita tersebut. Namun, kebanggaan itu menjadi rasa yang sangat meloyakan dan menghinakan.
Dilaporkan bahawa Zhen Low telah menghabiskan sebanyak AS2.6 juta yang bersamaan RM8.30 juta dengan membeli banyak botol minuman keras, dalam satu pertaruhan dengan hartawan bernama Winston Fisher.
Membeli barangan untuk dibelanjakan, walau semahal mana atau sebanyak manapun, bukan suatu rekod, apalagi untuk dikongsi kebanggaan. Yang saya terasa ialah satu penghinaan oleh warga Amerika, baik oleh Winston Fisher mahupun Paris Hilton. Berita ini menghantar mesej bahawa bilionair Malaysia tidak cerdik, kuat berbelanja, membazir dan suka berfoya-foya.
Dalam situasi rakyat Malaysia ditindas oleh pemerintah dengan menaikkan harga barang melalui tipu daya penyelarasan subsidi, kita dihidangkan berita pembaziran wang sehingga RM8.30 juta di luar negara.
Alangkah baiknya jika wang sebanyak itu diberikan kepada kerajaan bagi menampung penyelarasan subsidi tersebut. Nama Zhen Low akan dikenang bilionair yang sangat dermawan.
Tahniah Aswara
Akhbar utusan Malaysia, 26 Julai 2010 melaporkan berita bertajuk “Seni Malaysia Bertaraf dunia.” Dilaporkan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin bahawa rakyat Malaysia membawa pulang 18 pingat emas, 17 perak dan 6 gangsa di pertandingan Worldstar. Kerana itu, saya menucapkan tahniah kepada mereka khususnya kepada Akademi Warisan Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), melalui kumpulan Aswara Dance Co kerana memperoleh lima Anugerah Emas sempena Pertandingan Worldstar of Performing Arts (Worldstar) yang berlangsung di Hotel Westin Bonaventer, Hollywood, Los Anggeles pada 17 – 25 Julai 2010. Aswara Dance Co yang terdiri daripada Fairul Zahid, Hanafi Rosdi, Sheikh Hasrul dan Naim Syahrazah telah menaikkan nama Malaysia. Cuma harapan saya, sesiapa yang mewakili Aswara dan Malaysia mempersembahkan seni yang menggambarkan identity dan jati diri bangsa yang penuh dengan kesopanan dan kehalusan nilai moralnya. Tiada manfaatnya kita memenangi sesuatu pertandingan seni palsu dan rendah nilai moralnya. Tahniah sekali lagi, juga kepada pensyarahnya.
Sabtu, 24 Julai 2010
Halal
Pengusaha hotel wajar dapatkan sijil halal-Muhyiddin
KUALA LUMPUR 24 Julai - Adalah baik bagi pengusaha hotel yang mempromosi pelbagai juadah di bulan Ramadan agar memohon dan mematuhi sijil halal supaya tidak menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan umat Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Sinar Harian, 24/07/2010)
Kalau aku menjadi menteri, atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri, aku akan berkata begini:
KUALA LUMPUR 24 Julai - Adalah mesti bagi pengusaha hotel yang mempromosi pelbagai juadah di bulan Ramadan mendapatkan dan mematuhi sijil halal.Mendapatkan sijil halal bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malahan wajib untuk selamanya bagi hotel-hotel yang ingin beroperasi di Malaysia. Jika tidak, kita tidak akan benarkan.
Hah, baru betul kita TUAN di negara sendiri dan percakapan kita 'halal'.
Bantu Melayu atau Bantai Melayu?
Orang sering bercakap mahu membantu Melayu, memartabatkan orang Melayu. Namun, hakikat yang terjadi ialah orang Melayu semakin terpinggir, dinafikan hak, semakin hilang ketuanan, identiti dan sebagainya. Oleh angkara siapakah semua itu? Tentulah oleh pemimpin Melayu dan dibantu oleh pemimpin bukan Melayu. Saya tertarik dengan berita siaran Sinar Harian 24 Julai 2010 di bawah. Saya kemukakan di sini untuk renungan dan penilaian kita, kalau benar kita jujur untuk bantu Melayu.
Rabu, 21 Julai 2010
Diskusi Persuratan Baru
"Teori Persuratan Baru bertunjangkan tiga falsafah penting yang bersandarkan Surah al-A’raf ayat 172.”
Demikian tegas Mazri Abd. Rahman dalam ceramahnya yang bertajuk Gagasan Persuaratan Baru: Suatu Pengenalan.
Demikian tegas Mazri Abd. Rahman dalam ceramahnya yang bertajuk Gagasan Persuaratan Baru: Suatu Pengenalan.
Ceramah ini disampaikan dalam Diskusi Ilmu Pengajian Melayu Siri 1 anjuran Kelab Bahasa Melayu (Kebayu), IPG Kampus Kota Bharu, baru-baru ini.
“Hakikat Insan bertolak daripada penciptaan manusia dan janji jiwa manusia ketika masih dalam alam roh, Hakikat Ilmu dan Amal pula bertitik tolak daripada pengertian ibadah manusia kepada Allah, manakala Hakikat dan Fungsi Sastera pula sebagai suatu bentuk ibadah manusia.
Katanya, bersandarkan pada tiga falsafah itu menyebabkan ada karya sastera yang menepati Gagasan Persuratan Baru dan ada yang bertentangan dengan konsepnya. Hal ini termasuklah karya Sasterawan Negara. “Novel-novel seperti Langit Petang, Salina karya A Samad Said, Sami Mekong (Azizi Haji Abdullah), Orang Kota Bharu (S Othman Kelantan), Sultan Baginda, Tivi (Shahnon Ahmad), Sajak Pulang Si Tangang, Goethe (Muhammad Haji Salleh) adalah sebilangan karya yang ditolak dalam GPB,” tegas beliau.
Penolakan itu adalah disebabkan terdapat imej-imej yang bertengangan dengan Islam sebagaimana yang digarisi dalam tiga falsafah hakikat yang terdapat dalam teori Gagasan Persuratan Baru janaan Mohd Afandi Hassan.
Ahad, 18 Julai 2010
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Selain salam 1 Malaysia, kegilaan lain yang melanda rakyat Malaysia kini ialah motto " 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan." Motto ini bagus dan patut disokong, cuma terasa kontras dengan pengumuman baharu kerajaan.
- harga pertol naik 5 sen seliter
- harga gula naik 25 sen sekilo
- harga gas memasak naik 10 sen sekilo
Apakah jaminan kekal kerajaan, dengan kenaikan itu tidak akan menyebabkan perniaga menaikkan harga sedia ada barangan di pasaran. Apakah jaminan kerajaan rakyat bahagia dengan pengumuman itu dan dengan gaji nsedia ada masih menjamin hidupnya selesa sebagaimana di bulan Jun yang lepas?
Ah ... kerajaanku:
APAKAH ENGKAU KERAJAAN RAKYAT ATAU KERAJAAN KORPORAT?
Jumaat, 16 Julai 2010
Sukarnya Melarang
Sewaktu kecil dulu, saya bercita-cita menjadi askar atau polis, bukan kerana ingin berkhidmat kepada negara, tetapi kerana ingin menembak. Hanya askar dan polis yang dibenarkan menembak. Maka jalan pilihan saya ialah dengan bercita-cita menjadi askar atau polis. Cita-cita ingin menjadi polis hampir berjaya kerana sewaktu menerima surat tawaran ke maktab, saya juga menerima surat tawaran jawatan inspektor polis. Setelah memikirkan baik dan buruknya menyaman orang dan menembak orang, akhirnya saya memilih menjadi guru.
Khamis, 15 Julai 2010
Melayu Bukan Migrasi di Malaysia
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Julai 2010 melaporkan satu berita penemuan yang amat menarik dan sepatut berita itu menjadi kebangaan semua rakyat Malaysia, sama ada mereka daripada golongan politik, wartawan mahupun sesiapa sahaja.
Sayangnya, berita yang sepatutnya diperbesarkan (dijadikan berita utama) kalah dengan berita curi pasir di Selangor kerana berita itu ada unsur kepentingan politik. Persepsi saya menganggapkan pihak editorial akhbar Utusan Melayu lebih mementingkan isu politik daripada ketuanan dan pemartabatan orang Melayu itu sendiri.
Walau bagaimanapun, lebih baik ada berbanding tiada dilaporkan langsung. Saya sertakan petikan penuh berita dalam ruangan Dalam Negara sebagaimana di bawah untuk bacaan dan rujukan masyarakat, khususnya orang Melayu.
Walau bagaimanapun, lebih baik ada berbanding tiada dilaporkan langsung. Saya sertakan petikan penuh berita dalam ruangan Dalam Negara sebagaimana di bawah untuk bacaan dan rujukan masyarakat, khususnya orang Melayu.
Rabu, 14 Julai 2010
Bengkel SPSS Siri 2
Kelab Bahasa Melayu (Kebayu) menganjurkan satu Bengkel SPSS untuk projek kajian akan diadakan pada 17 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Gerko bermula jam 10 pagi. Bengkel yang akan disampaikan oleh Encik Azaha Ibrahim ini terbuka kepada pelajar OUM dan sesiapa sahaja yang berminat, khususnya untuk projek kajian tindakan. Bayaran penyertaan sebanyak RM10.00 per kepala. Sesiapa yang berminat, sila datang terus pada hari berkenaan.
Diskusi Pengajian Melayu Siri 1
Kelab Bahasa Melayu (Kebayu) IPG Kampus Kota Bharu menganjurkan Diskusi Pengajian Melayu Siri 1 pada 20 Julai 2010 bertempat di Dewan Seminar 1 pada pukul 10 pagi.
Tajuk diskusi ialah "Teori Persuratan Baru dan Aplikasinya dalam Pendidikan" akan disampaikan oleh Encik Mazri Abdul Rahman (pensyarah IPG-KKB/ Sambilan di USM).
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat sama ada pelajar mahupun bukan pelajar. Sesiapa berminat, sila hubungi Encik Maniyamin di talian 013-4141454. Anda juga boleh datang terus pada hari berkenaan.
Sabtu, 10 Julai 2010
Fasi Terjun
4 Julai 2010, selepas Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu, sekitar pukul 10 pagi, aku dan Encik Aminuddin Mamat dipanggil oleh pengarah agar datang berjumpa dengannya. Panggilan itu kerana surat pelantikan aku sebagai fasilitator (fasi) Kursus Penulisan Manuskrip Bahasa Melayu di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Seri Tualang, (PLGDP), Temerloh, Pahang, bersama-sama Encik Mohd Asri dari IPG Kampus Razali Ismail. Manakala Encik Aminuddin dilantik sebagai fasilitator Kursus Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu, bersama-sama Encik Hanifah.
Omar Ong Yoke Lin
Berita Harian, Jumaat 2 Julai 2010, dalam ruangan Belasungkawa bertajuk "Omar Ong Yoke Lin Tokoh Pejuang Kemerdekaan" menulis intro ceritanya begini: "Ramai yang mengenali Tunku Abdul Rahman Putra sebagai seorang tokoh kemerdekaan tetapi tidak ramai yang mengenali nama lain yang banyak menyumbang terhadap catatan bersejarah itu, terutama dalam pembabitan dan usaha keras menyatukan bangsa Cina dan Melayu di bawah satu bumbung parti politik."
Salah seorang yang tidak mengenali dan tidak tahu ada orang bernama Omar Ong Yoke Lin ialah saya. Namanya agak pelik, merangkumi nama Melayu (Omar) dan nama Cina (Ong Yoke Lin). Kalau DS Mohd Najib memperkenalkan konsep 1 Malaysia, konsep itu telah lama wujud pada nama Omar Ong Yoke Lin. mungkin juga konsep 1 Malaysia itu sudah ada dalam diri Omar Ong Yoke Lin.
Semasa saya melanjutkan pelajaran di IPSI, bidang pengajian saya ialah Sejarah dan Pendidikan Seni. Justeru, banyak ilmu-ilmu Sejarah dan seni saya dalami. Demikian juga ketika mahu menulis sajak 'Lelaki Pertama Yang Membuka Sangkar Derita Kita,' banyak maklumat perihal kemerdekaan saya cari, dan setengah nama-nama tokoh saya catat dalam sajak berkenaan.
Malangnya, dalam kedua-dua usaha itu, saya tidak pernah terjumpa nama Omar Ong Yoke Lin, apalagi beliau sebagai tokoh dalam perjuangan kemerdekaan. Dan, saya yakin, kalau beliau tidak meninggal, sampai sekarang atau selamanya saya tidak akan kenal dan tidak akan tahu ada manusia bernama Omar Ong Yoke Lin sebagai pejuang kemerdekaan. Inilah yang dikatakan bahawa kematian telah menghidupkan seseorang.
Kalau orang yang pernah sedikit-sedikit menggali sejarah tidak mengenali beliau, apalagi pada mereka yang mengejar Sains semata-mata. Bukan salah saya kerana tidak mengenali beliau, apalagi tidak merakam nama beliau dalam sajak, atau mengenangnya sebagai orang penting dalam sejarah tanah air.
Dalam satu majlis di salah sebuah sekolah pondok, TG Nik Abdul Aziz pernah menyeru agar generasi baharu mengenang jasa pengasas sekolah berkenaan. Kalau dalam konteks negara, seruan Nik Abd. Aziz itu agar generasi menghargai bekas pejuang tanah air. Namun, bagaimanakah saya atau sesiapa sahaja mahu mengenang jasa seseorang itu, sedangkan ia tidak dikenali.
Masyarakat kita tidak ada daya usaha menghebohkan tokoh-tokoh berjasa, baik tokoh dalam masyarakat kecil mahupun masyarakat besar. Apa yang ada ialah menanam rasa hormat (sesetengahnya dengan paksa) terhadap tokoh hidup atau berjawatan. Setelah mereka meninggalkan jawatan atau meninggal dunia, tiada lagi usaha mengharmati dan rasa kagum terhadap mereka. Malah, lebih banyak kita memburuk-burukkan pemimpin yang tidak berkuasa, atau mereka yang bukan dari isme kita. Justeru, jangan marah kalau generasi tidak mengenali atau mengenangi mereka.
Demikian juga, bagaimanakah saya hendak menghormati sesetengah tokoh pemimpin negara sedangkan dirinya gemar bergaduh, memfitnah dan menindas masyarakat. Kalau saya tidak menghormati Omar Ong Yoke Lin kerana tidak mengenali beliau, saya tidak menghormati sesetengah pemimpin negara kerana saya mengenali beliau.
PEJUANG DAN PENGKHIANAT
Pejuang hidup dalam kerandapengkhianat hidup dalam kuasa.
5 Jun 2010
Sabtu, 3 Julai 2010
Mereka 2 dalam 1
Di mana ada Zana di situ ada Rozais, dan di mana bertemu Rozais al-Anamy di situ juga saya boleh bertemu dengan Zanazanzaly. Mereka punya minat penulisan dalam genre sama - sama-sama menulis sajak, menulis cerpen, juga menulis esei. Dan, sama-sama pula membina Noble Arts. Mereka penulis harapan generasi baharu. Demikian juga, apabila Rozais al-Anamy berhasil menerbitkan kumpulan cerpennya, Apabila Alam Berbicara (DBP, 2010), Zanazanzaly juga tidak kalah. Beliau juga mempunyai kumpulan cerpen persendirian yang berjudul Merpati Menari di Padang Embun (DBP, 2010). Semoga mereka terus berjaya dalam genre penulisan yang diminati itu.
Khamis, 1 Julai 2010
Gila Bola
Kawan saya, Encik Ahmad, sejak seminggu dua ini datang lambat ke tempat kerja. Ada kalanya beliau ambil cuti. Semuanya kerana terlanjak terlelap. Beliau berjaga malam. Kadangkala pukul 4 pagi baru tidur. Ada kalanya pula, bangun pukul 2 atau pukul 3 pagi dan menonton siaran bola yang tamat hingga pukul 5 atau pukul 6 pagi. Saya puji Encik Ahmad kerana sanggup bangun pukul 2 atau 3 pagi semata-mata mahu menonton bola Piala Dunia. Maka, saya bertanyakan: Apakah bangun pukul dua atau tiga pagi itu sudah menjadi amalan?
"Tidak," jawab Encik Ahmad. Katanya, dia susah bangun pukul 2 atau 3 pagi kalau tidak kerana bola. Saya setuju. Memang susah bangun pada pukul tersebut. Makanya, saya tidak pernah bangun untuk menonton perlawanan bola. Malah, siaran pada pukul 9 atau 10 malam pun saya tidak menonton. Sebabnya, saya tidak minat bola.
Saya kagum pada Encik Ahmad. Kerana bola, dia dapat bangun pukul 2 atau 3 pagi. Beliau tidak pernah ketinggalan menonton pasukan idolanya beraksi. Yang sedihnya, Encik Ahmad tidak dapat dan tidak pernah bangun pada pukul tersebut semata-mata mahu sembahyang tahajud.
Oooooooo ...
Setelah selesai pendaftaran, aku mengarahkan 20 orang tutee (5 Melayu, 6 Cina, 6 India dan 3 peribumi Sabah-Sarawak) berkumpul untuk sesi berkenalan. Aku mohon mereka memperkenalkan diri, negeri asal dan keputusan SPM yang diperoleh. Aku mula dengan tutee Melayu. 5 orang memperoleh 8 A dan seorang 7A 1B. Tutee Cina pula memperoleh antara 3A hingga 4A, tutee India (3A), dan tutee dari Sabah dan Sarawak mendapat 2A hingga 3A.
Mendengar jawapan mereka, aku segera menelefon emak saudara, Makcik Safiah, mahu bertanyakan permohonan Amir untuk masuk IPG. Awal-awal lagi aku mengucapkan tahniah kerana Amir dapat masuk IPG.
"Tidak! Tidak!" Jawab Makcik Safiah. "Amir tidak dapat masuk IPG," tegas beliau.
"Eh, 7A tak dapat IPG! Mengapa orang dapat 2A, 3A dapat masuk," ujarku.
Makcik Safiah tidak menjawab. Dia juga rasa terkejut mendengar berita itu. "Tiada rezeki la, tu," kata Makcik Safiah.
Aku bertanya kepada tutee: Mengapakah mereka dapat masuk IPG sedangkan keputusan SPMnya rendah?"
Aku bertanya kepada tutee: Mengapakah mereka dapat masuk IPG sedangkan keputusan SPMnya rendah?"
"Itu Melayu, encik. Kami bukan Melayu," jawab Cristy Micheal.
"1 Malaysia, encik! 1 Malaysia," sahut Gobalakrishnan pula.
"Ooooooooo ...," kataku. "1 Malaysia, rupanya! Lupa pula saya."
Langgan:
Catatan (Atom)

