Khamis, 3 November 2011

Seksualiti Merdeka, Bob Lokman dan Nallakarupan

Ada tiga isu dalam minggu ini (1 November 2011) yang sangat memalukan aku sebagai rakyat bermoral bersih.

Pertama, kempen Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh beberapa NGO songsang dan disokong pulak oleh Majlis Peguam dan Suaram. Kempen ini sangat bertentangan dengan nilai dan normal masyarakat Malaysia. Malahan, aktiviti seksualiti merdeka (kebebasan seks / sek bebas / kemerdekaan seks) adalah bertentangan dengan agama. Ia bakal menjadi kubahan berlesen pembiakan gay, lesbian, biseksual, transgender, rogol, zina, pelacuran dan bohsial, sebagainya. Saya berasa hairan akan sebab program ini diberikan kebenaran (atau permit) oleh pihak polis, atau dipandang ringan oleh pihak yang sepatutnya menghalang. Lebih-lebih lagi, kempen ini turut direstui oleh NGO yang memperjuangkan Islam dan pemimpin serta orang Islam sendiri.


Ceramah politik dan ceramah agama tanpa permit sangat dipandang berat oleh pihak berkuasa. Mengapakah pulak program Seksualiti Merdeka ini dipandang ringan oleh pihak berkenaan? Apakah sudah berlaku anjakan minda dan nilai para penguasa, khususnya polis? Saya sangat bersetuju dengan pendapat Perkasa bahawa program Seksualiti Merdeka bakal mengancam keselamatan negara. Ia bakal menghancurkan keharmonian nilai dan normal masyarakat Malaysia. Juga bakal mencelarukan minda generasi baharu Melayu terhadap mitos moraliti bangsanya yang diagung-agungkan. Justeru, tindakan tegas pencegahan terhadap idealisme ini, membasmi tunas idealismenya, adalah perlu sama ada kepada ahli, penganjur, penyokong, dalang, termasuk melucutkan kewarganegaraan. Jika tidak, saya menganggap jentera kerajaan 1 Malaysia sangat lemah dan tidak berkualiti. 

Isu kedua pulak ialah bertentang dengan Seksualiti Merdeka. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Bob Lokman atas dakwaan memberi ceramah agama tanpa ada surat tauliah. Sekseualiti Merdeka, yang terang-terangan bertentangan dengan agama dan bakal merosakkan masyarakat, dibenarkan. Anehnya, ceramah agama yang menyeru manusia ke arah kebaikan adalah dilarang. Jika ceramah Bob Lokman tanpa permit / surat tauliah, apakah kempen Seksualiti Merdeka ada permit / surat tauliah? Kalau ada, mengapakah diberikan, sedangkan ia ternyatakan bakal membawa kerosakan?

Saya berasa pelik dengan minda dan agenda pihak berkuasa dan kerajaan memerintah. Ke arah manakah kerajaan hendak membawa rakyat, bangsa dan negara pada masa hadapan?

Tidak kurang hebat keajaibannya ialah isu yang ketiga, iaitu melantik Nallakarupan (Nalla Magnum) sebagai senantor. Nalla ialah teuke Magnum. Magnum ialah agensi perjudian nombor. Nalla juga dikaitkan sebagai teman rapat DS Anwar. Kedua-duanya ada terpalit dengan kemerosokan moral. Beliau antara individu yang ditangkap di bawah Akta ISA pada akhir 1990-an. Akta ISA digunakan terhadap mereka yang mengancam keselamatan negara. Alih-alih, individu pengancam keselamatan negara ini dilantik sebagai senantor.

Masih ramai ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional atau rakyat yang setia, namun tidak dilantik sebagai senantor. Dengan pelantikan Nalla itu, apakah kerajaan Barisan Nasional memberitahu secara halus bahawa mereka yang setia itu lebih tidak berguna atau lebih mengancam keselamatan negara berbanding dengan Nalla? Atau, untuk mendapat sesuatu jawatan penting negara, seumpama senantor, kita perlu menggugat keselamatan negara?

Apakah jasa yang diberikan oleh Nalla kepada kerajaan, negara atau setidak-tidaknya kepada kaum India di Malaysia? Apakah dengan cara membuka peluang kepada rakyat untuk berjudi itu dianggap sebagai berjasa?

Berdasarkan tiga isu ini, saya fikir sistem dan moraliti pemerintahan kerajaan sekarang sudah parah dan rosak amat teruk. Eloklah kita sama-sama berfikir dan bertindak membantu kerajaan Barisan Nasional agar bebas daripada kemurkaan Tuhan dan generasi. Dan, kita kekal hidup dalam keharmonian dan kemuliaan.

Tiada ulasan: