Ahad, 12 Jun 2011

Laporan PPSB Sesi 2, 2005


LAPORAN BERTULIS
PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SESI 2 2005

 
Nama Kem dan Alamat:  Kem Bakau Resort Kertih, Lot 381, Seberang Penarik,
                                           Peti Surat 19, 24307 Kertih.

Nama Ketua Fasilitator: Maniyamin bin Haji Ibrahim
 
Nama Penyelaras Zon:

Nama Komandan Kem
Komandan Kem                                      : Lt. Hanafi bin Haji  Abdullah
Tim. Komandan Kem (Pengurusan)     : Lt. Mohd rukiman bin Ab. Manaf
Tim. Komandan Kem (Latihan              : Lt. Mohd rukiman bin Ab. Manaf



1.    PENDAHULUAN
Program Penghayatan Sasatera dan Budaya (PPSB) diluluskan oleh kabinet pada november 2004 di bawah Akta Latihan Khidmat Negara yang cadangan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan oleh karbinet pada 28 Mei 2003. Persetujuan karbinet melaksanakan PPSB dinyatakan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dalam Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana 2002/2003 di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 Disember 2004.
 
2.    PELAKSANAAN PROGRAM
PPSB sesi 2 2005 di Kem Bakau Resort (KBR), Kertih, Terengganu, telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan jadual sebagaimana butiran di bawah.
 
Tarikh Pelaksanaan
(i)        Tahap 1:  23hb. – 25hb. April 2005
(ii)      Tahap 2:  29hb. – 30hb. April dan  01hb Mei  2005

 Maklumat Peserta
 (i)    Bilangan peserta (mengikut jantina / kaum jika boleh)

Bilangan pelatih yang melaporkan diri di KBR ialah seramai 325 orang, iaitu 171 orang wira dan 154 orang wirawati. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan datang dari tiga negeri, sebagaimana tertera dalam jadual di bawah.
 

BANGSA
WIRA
WIRAWATI
JUMLAH
MELAYU
97
75
172
CINA
37
45
82
INDIA
35
32
67
SERANI
1
1
2
ORANG ASLI
0
1
1
SINGH
1
0
1
          JADUAL 1: Bilangan wira dan wirawati di KBR  mengikut kaum

 
AGAMA
WIRA
WIRAWATI
JUMLAH
ISLAM
100
75
175
BUDDHA
27
42
69
HINDU
27
28
55
KRISTIAN
16
07
23
LAIN-LAIN
01
02
03
         JADUAL 2: Bilangan wira dan wirawati di KBR  mengikut  agama




NEGERI
WIRA
WIRAWATI
JUMLAH
SELANGOR
113
113
226
PAHANG
33
21
54
TERENGGANU
24
20
44
         JADUAL 3: Bilangan wira dan wirawati di KBR mengikut  negeri

 (ii)  Bilangan kumpulan peserta yang dibentuk

a.    Kumpulan persembahan.

Sebanyak enam (6) kumpulan wira dan wirawati PPSB dibentuk sebagaimana jadual di bawah.


KUMPULAN
BIL.  WIRA  / WIRAWATI
 FASILITATOR
GENERASI
51 orang
Asmawati Md. Ali
MAT KILAU
51 orang
Alias Ismail
GURINDAM
51 orang
Siti Hajar Sulaiman
SUTERA KASIH
52 orang
Mat Rawi Hamat
CINDAYU
51 orang
Shamsiah Md. Ariffin
WARISAN BUDAYA
51 orang
Mohd Azhar Su

        JADUAL 4: Bilangan kumpulan dan jumlah wira dan wirawati di KBR.
 
b.    Kumpulan Urusetia  Malam Persembahan PPSB
Seramai 12 orang wira dan wirawati dilantik sebagai Urusetia  Malam Persembahan PPSB di bawah bimbingan Encik Maniyamin bin Haji Ibrahim dan diketuai Jeclyn. Urusetia dibahagikan tujuh (7) kumpulan, sebagaimana Lampiran 1.
 
c.    Kumpulan Juri Hakim Malam Persembahan PPSB
Seramai enam (6) orang juri hakim dilantik, iaitu seorang dari setiap kumpulan, di bawah bimbingan Encik Maniyamin bin Haji Ibrahim. Tugas mereka sebagaimana Lampiran 1.
 
Maklumat Fasilitator

Bilangan fasilitator

Seramai enam (6) orang fasilitator, dan seorang ketua fasilitator dilantik untuk melaksanakan PPSB di Kem Bakau Resort Kertih.

 Senarai fasilitator

Senarai nama fasilitator dan bidang kepakaran mereka sebagaimana jadual di bawah.

BIL.
NAMA FASILITATOR
KEPAKARAN
1.
Maniyamin bin Haji Ibrahim
Penulisan kreatif  (Puisi)
2
Asmawati Md. Ali
Penulisan Kreatif (Prosa)
3
Mat Rawi Hamat
Penulisan Kreatif (Puisi)
4
Shamsiah Md. Ariffin
Penulisan Kreatif (Prosa)
5
Siti Hajar sulaiman
Teater dan Kebudayaan
6
Mohd Azhar Su
Penulisan Kreatif (Prosa)
7
Alias Ismail
Penulisan Kreatif (Prosa)

     JADUAL 5: Senarai nama dan kepakaran fasilitator di KBR, Kertih.
 

Ulasan keseluruhan tentang prestasi dan komitmen fasilitator

Semua fasilitator menunjukkan minat dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan. Mereka juga dapat mengawal wira dan wirawati semasa dan sepanjang menjalani latihan PPSB. Kami sentiasa berbincang dan bertukar-tukar pendapat bagi melicinkan latihan. Saya juga berpuas hati dengan fasilitator yang sentiasa berusaha mewujudkan hubungan mesra dengan pihak pengurusan kem, jurulatih-jurulatih fizikal dan kenegaraan, pengawal keselamatan hingga mendapat kerjasama baik dan bantuan teknikal daripada pihak pengurusan dan jurulatih di kem.
 
Persiapan Prapelaksanaan
Pada hari Jumaat 22hb. April 2005, ketua fasilitator, Encik Maniyamin bin Ibrahim, mewakili fasilitator, berjumpa dengan pihak pengurusan Kem Bakau Resort, Kertih,  yang diwakili Penolong Pegawai Tadbir (Urusetia) Encik Syamri Afzam bin Abdul Amron. Daripada beliau saya memperoleh nama komandan dan timbalan komandan kem, Ketua Jurulatih Fizikal, Ketua Jurulatih Kenegaraan dan beberapa jurulatih lain, dan senarai bilangan wira dan wirawati. Saya dibawa berjumpa Ketua jurulatih fizikal, Cikgu Abd. Wahab bin Ngah, dan beberapa orang jurulatih yang berada di kem. Saya memaklumkan kepada Cikgu Abdul Wahab bin Ngah bahawa kami para fasilitator PPSB memaklumkan bantuan dan kerjasama yang diperlukan sepanjang PPSB, khususnya kawalan peserta. Saya menyenaraikan beberapa keperluan peralatan teknikal seperti komputer riba, LCD, skrin, mikrofon, di samping melawat kelas tempat latihan dan pentas tempat persembahan kumpulan.
 
Pendekatan / Kaedah Program untuk Sesi-sesi Berikut:

(i)   Sesi 1: Pengenalan & Penghayatan Puisi (23hb.April 2005, Sabtu)
Sesi bermula dengan sedikit ucapan Ketua fasilitator dan meminta para fasilitator memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian,  diberikan penerangan tentang sejarah PPSB, matlamat PPSB, pengisian PPSB, puisi dan peranannya dalam PPSB, contoh deklamasi puisi, tugasan setiap kumpulan dan seterusnya membentuk enam (6) kumpulan dengan kerjasama semua fasilitator,  pihak Urusetia kem, para Jurulatih Fizikal, Jurulatih Kenegaraan, dan wira dan wirawati.
 
(ii)  Sesi 2: Gerak Kerja Kumpulan (24hb. April 2005, Ahad)
Ketua fasilitator mengarahkan wira dan wirawati berkumpul dalam kumpulan masing-masing dan mengumumkan nama-nama fasilitator setiap kumpulan. Kemudiannya, Cikgu Alias Ismail menyampaikan sedikit maklumat tentang persiapan kumpulan, menerangkan cara tugasan yang perlu dilaksanakan dan syarat-syaratnya sebelum setiap kumpulan bergerak ke tempat latihan. Sesi latihan tidak dapat dijalankan dalam kelas kerana dimaklumkan bahawa kelas digunakan oleh kumpulan jurulatih kem. Justeru, sesi latihan dijalankan di padang kawad dan di kantin.

Manakala, kumpulan Urusetia Malam Persembahan PPSB dan Juri Hakim Malam Persembahan PPSB berkumpul di kanten di hadapan padang kawad di bawah bimbingan Encik Maniyamin bin Haji Ibrahim.
 
(iii) Sesi 3 Latihan kumpulan (25hb. April 2005, Isnin)
Latihan tidak dapat diteruskan pada malam ini kerana telah terjadual sebagai Malam Persembahan dan Perpisahan Modul Kenegaraan. Walau bagaimanapun, semua fasilitator PPSB diminta hadir dan hadir dengan tujuan (1) mewujudkan hubungan mesra dengan pihak kem dan jurulatih setiap modul PLKN, (2) meninjau sendiri penggunaan dan kesesuaian penggunaan pentas bagi malam persembahan PPSB nanti, dan (3) memberi sokongan moral sebagai tanda kerjasama erat antara  jurulatih setiap modul PLKN.

(iv)                Sesi 4: Latihan kumpulan  (29hb. April 2005,  Jumaat)
Memandangkan kawalan fasilitator dan sikap wira dan wirawati yang memberi kerjasama dan hasil perbincangan dengan semua fasilitator dan ketua-ketua kumpulan, maka sesi latihan diteruskan di padang kawad.  Walau bagaimanapun, Kumpulan Gurindam di bawah bimbingan Siti Hajar Sulaiman, beralih angin berlatih di kelas yang ditetapkan bagi membebaskan pergerakan latihan kerana mereka mahu mencuba beberapa alat muzik dan tidak mahu mengganggu latihan kumpulan lain.

(v)                  Sesi 5:  Latihan kumpulan dan Raptai (30hb. Aprili 2005, Sabtu)
Semua kumpulan meneruskan latihan di kawasan masing-masing sebagaimana dirancangkan. Pihak Urusetia PPSB mengaturkan raptai setiap kumpulan secara bergilir-gilir tanpa mengganggu latihan kumpulan masing-masing. Kumpulan yang selesai menjalani raptai dikehendaki kembali ke tempat latihan bagi membaiki dan memantapkan persembahan kumpulan pada malam persembahan nanti.

(vi)                Sesi 6: Persembahan kumpulan Malam Persembahan Program Penghayatan Sastera dan Budaya  (01hb.Mei 2005,Ahad)
Malam Persembahan PPSB bermula sekitar pukul 9.30 malam, disaksikan oleh Tuan Komandan Kem Bakau Resort Kertih dan para jurulatih fizikal dan PPSB. Abdul Mubim Ismail telah datang sebagai jurugambar. Dua ucapan disampaikan, iaitu:

(a)              ucapan Ketua Fasilitator PPSB Kem Bakau Resort, Encik Maniyamin Ibrahim, yang merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sokongan tuan komandan, pihak urusetia dan para jurulatih di Kem Bakau Resort Kertih,

(b)              ucapan Tuan Komandan Kem Bakau Resort Kertih, Lt. Komandan Hanafi bin Haji Abdullah. Beliau merakamkan ucapan terima kasih dengan pengisian PPSB dan mengarahkan para jurulatih dan urusetia kem memberi kerjasama kepada fasilitator PPSB. Beliau juga berharap PPSB terus berkekalan dalam PLKN kerana banyak manfaat yang diperoleh oleh para wira dan wirawati.
 
Persembahan dilaksanakan dalam dua sesi. Sesi pertama melibatkan tiga kumpulan, dan diikuti sesi kedua, tiga kumpulan. Masa rehat sekitar 20 minit untuk wira dan wirawati, tetamu VIP dan fasilitator minum.

Setelah semua kumpulan selesai membuat persembahan, ketua juri hakim membuat sedikit ulasan tentang persembahan para peserta, sebelum dimumkan keputusan  pertandingan. Tuan Komandan Lt. Komandan Hanafi bin Haji Abdullah dijemput menyampaikan hadiah. Setiap kumpulan memeperoleh hadiah masing-masing sumbangan para fasilitator PPSB.

3.    MASALAH ATAU BATASAN
Tidak ada masalah yang merumitkan kerana kami sentiasa diberi kerjasama baik oleh pihak pengurusan kem. Tempat latihan di padang kawad ternyata banyak membantu kami dari segi kawalan peserta, lebih selesa dan berjalan lancar. Begitu juga pada malam 25hb. April 2005 yang tidak dapat dijalankan latihan kumpulan kerana diisi dengan persembahan untuk Modul Kenegaraan ternyata dapat mewujudkan hubungan mesra antara fasilitator PPSB dengan pihak urusetia kem, para jurulatih kenegaraan, para jurulatih fizikal dan wira serta wirawati sekalian.  Yang lebih penting, kami dapat menilai kapasiti pentas kawad berkenaan.

Walau bagaimanapun terdapat juga masalah di luar pelaksanaan PPSB, iaitu;

v  kebanyakan fasilitator tidak menerima Surat Pelantikan dari pihak PLKN menyebabkan mereka sukar mendapat pelepasan dari pihak majikan;

v  surat pemberitahuan fasilitator ke kem yang terlibat lambat diterima, dan terdapat kesilapan nombor telefon fasilitator menyebabkan tidak dapat dihubungi oleh Ketua Fasilitator untuk datang bertemu dengan pihak kem sebelum sesi pertama pelaksanaan PPSB;

v  simpang jalan masuk ke kem yang sukar dikenal pasti dan tiadanya lampu jalan sepanjang jalan dari kem ke jalan raya utama.

4.    CADANGAN ATAU SARANAN
Berdasarkan pengalaman PPSB sesi 2, 2005, maka dicadangkan beberapa perkara bagi memantapkannya.

(a)    Surat Pelantikan kepada semua fasilitator hendaklah dihantar sekurang-kurangnya seminggu sebelum pelaksanaan PPSB di kem berkenaan;

(b)    Dalam surat pelantikan berkenaan dicatatkan jawatan / tanggungjawab fasilitator sama ada sebagai Ketua Fasilitator atau fasilitator;

(c)    Segala dokumen seperti senarai nama fasilitator, borang tuntutan khidmat (claim) dan sebagainya diserahkan kepada Ketua Fasilitator terlebih awal;

(d)    Mengadakan bengkel pemantapan kefahaman persembahan PPSB kepada semua fasilitator kerana wujudnya pemahaman berbeza antara fasilitator. Hal ini dapat diperhatikan  pada persembahan kumpulan yang kebanyakannya berteraskan teater, bukannya berteraskan penghayatan puisi.

(e)    Membekalkan sedikit wang tunai kepada setiap kem untuk tujuan membeli hadiah dan pembelanjaan pada malam persembahan. Hal ini bagi tujuan keselarasan dengan malam persembahan modul PLKN lain yang menyediakan hadiah kepada peserta.

(f)     Mengadakan garis panduan tuntutan khidmat (claim) seperti borang, cara pengisian tuntutan, aspek yang boleh dan tidak boleh dituntut;

(g)    Mengembalikan bayaran khidmat fasilitator PPSB RM80.00 sejam;

(h)    Membeza dan menetapkan kadar bayaran sepatutnya perjam antara Ketua Fasilitator dengan fasilitator;

(i)      Mengambil lebih ramai fasilitator agar bilangan peserta dalam kumpulan dapat dikecilkan sehingga 20 orang. Bilangan peserta sekarang antara 50 – 60 orang;

(j)      Membekalkan model persembahan yang menepati kriteri PPSB (sekitar 10 – 15 minit) dan ditayangkan pada malam 2  PPSB;

(k)    Menyediakan skim insuran keselamatan kepada setiap fasilitator sepanjang berkhidmat sesi PPSB.
 
5.    KESIMPULAN
Kami berpendapat Program PPSB ini satu usaha yang baik dan wajar diteruskan kerana terdapat unsur-unsur pembentukan jati diri, pembinaan dan perkembangan sahsiah diri dan lebih-lebih lagi setiap warganegara wajar mengetahui warisan sastera budaya bangsanya sendiri.
 
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH



(MANIYAMIN BIN HAJI IBRAHIM)                              5hb. Mei 2005
Ketua Fasilitator,
Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB),
Kem Bakau Resort,  Kertih, Terengganu.

Tiada ulasan: