Nassury 2

Khamis, 13 Ogos 2009

Feri Pulau Pinang


Kalau ke Pulau Pinang, jangan lupa naik feri. Sementara ia masih ada. Tambangnya sekitar RM1.20 seorang. Kalau berkereta, tambangnya sekitar RM7.70 untuk sebuah kereta. Tidak kira berapa ramai di dalamnya. Tambang hanya sekali sahaja.
Ada dua tingkat feri. Lazimnya, tingkat atas untuk orang sahaja. Manakala, tingkat bawah untuk kenderaan. Namun begitu, ada juga feri yang kedua-dua tingkatnya untuk kenderaan sahaja.
Dari dalam feri ini, anda boleh melihat obor-obor dan kapal-kapal besar di sekitarnya. Semasa berkhidmat di Pulau Pinang, aku sering menggunakan feri untuk membeli jeruk salak.

4 ulasan:

  1. Insyallah, esok saya bersama anak-anak akan berferi dari pulau ke daratan. Memang jika berkunjung ke Pulau Mutiara, saya tidak lepaskan peluang menaiki feri. Melihat laut, kapal dan bangunan berceracakan adalah pengalaman yang sangat mengasyikkan

    BalasPadam
  2. walaupun atas kerelaan berkhidmat di Kelantan tetapi hati tuan masih di Pulau Pinang.

    BalasPadam
  3. saya tinggal di kawasan melayu, mereka miskin. negeri kaya melayu miskin. banyak menginsafkan saya.

    BalasPadam
  4. Feri Pulau Pinang,
    adalah kenanganku
    di Pulau Pinang

    Selama beberapa bulan
    kupergi dan datang dengan
    feri Pulau Pinang

    Sudah kubawa isteri dan
    anak, merasa dan menimba
    pengalaman dan suasana
    menaiki feri Pulau Pinang

    Dan, jika ia tiada, rugi terasa
    sebab Pulau Pinang menjadi
    ingatan antara sebabnya
    feri Pulau Pinang

    dari tarikan nafas,
    abuyon
    18/08/09 1.24 tgh

    BalasPadam