Aku mula berkhidmat di IPG Kampus Bahasa Melayu pada 17 Februari 2014 di Jabatan Bahasa Melayu diketuai Dr Mohd Sabri Bin Che Man. Pada Januari 2016 aku beralih ke Jabatan Kesusasteraan Melayu diketuai oleh Tuan Zainab Binti Wi. Bermula pada Jun 2016 aku ditempatkan pula di Jabatan Pengajian Melayu (JPM) setelah Jabatan Bahasa Melayu dan Jabatan Kesusasteraan Melayu dicantumkan. Ketuanya Tuan Zainab Binti Wi. Pada semester itu juga aku dilantik sebagai Ketua Bidang Sastera dan Budaya Melayu, manakala Zanariah Binti Ibrahim mengetuai Bidang Bahasa Melayu. Pada Januari 2017, JPM diketuai oleh Norhayati Binti Md. Yatim. Bidang Bahasa Melayu dan Bidang Sastera dan Budaya Melayu dimansuhkan. Mulai Jun 2017 JPM diterajui oleh Datin Mastura Binti Mohamed Berawi.
Jumaat, 18 Ogos 2017
Sabtu, 8 Julai 2017
Rabu, 5 Julai 2017
Melawat Bukit Si Guntang
Pada 19 Mac 2017, aku bersama teman-teman dari IPGKBM, IPGKRM dan UKM melawat Palembang. Kami sempat singgah di Bukit Si Guntang, tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma. Malangnya, kami tidak dapat masuk kerana monumennya sedang diperbaiki bagi menyambut pelancong sempena Sukan Asean Jakarta - Palembang 2018.
Isnin, 16 Januari 2017
Kata Penghantar Antologi Dermaga Hayat
TAUTAN KREATIF JIWA BUDI EMPAT PENYAIR MUDA TERENGGANU
Oleh Nassury
Ibrahim
Sifat mencipta ini
dipanggil kreativiti. Nilai kreativiti terbit daripada akal yang sihat dan kaya
maklumat. Manusia selalu mencipta (dan membaharui ciptaan) kerana tidak mahu
kehancuran. Kemajuan pada zaman Yunani dianggap lapuk pada zaman renaisans.
Kemajuan pada zaman renaisans dianggap ketinggalan pada zaman sains, dan seterusnya
pada zaman Teknologi maklumat dan komunikasi kini yang boleh dianggap zaman
kesatuan bangsa dan negara. Bagi mengelak kelapukan nikmat hidup (kehancuran),
manusia terus mencipta dan memperbaharui struktur-struktur kebudayaan material
dan nonmaterial. Mencipta yang baharu atau membaiki yang rosak.
Jumaat, 6 Januari 2017
Khamis, 5 Januari 2017
Rabu, 14 Disember 2016
Dialog Utara XVI
Wakil PENA ke Dialog Utara yang berlangsung di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry, Acheh, pada 25 - 30 November 2016. Penerbangan terus dengan AK423 dari Kuala Lumpur (KLIA2) ke Banda Aceh pukul 7.15 pagi. Selain itu, kami melawat Lhoksemauwe (makan malam bersama wali kota) dan bertolak balik melalui Medan (juga makan malam bersama wali kotanya). Seminggu sebelum berlaku gempa bumi di Pidie.
Pulara 7
Aku hadir sebagai wakil PENA bersama Dr. Mohammad Saleeh Rahamad, Dr Hanafi Ibrahim, Saifulnizam Yahya, Ariff Mohammad dan lain-lain. Aku menumpang kereta yang dipandu oleh Dr Mohd
Hanafi Ibrahim. Turut serta ialah Encik Mohammad Shahidan.Kami singgah menziarahi Tuan Haji Mohd Yusuf Abdullah, mantan Pengarah DBP Cawangan Utara dan DBP Cawangan Timur. Kami terlepas aktiviti pertama, iaitu menaiki/menziarahi kapal TLDM disebabkan tiada pengangkutan ke tempat berkenaan. Aku diberikan bilik di Hotel DJ.
Terima kasih kepada penganjur yang menerima permohonanku sebagai delegasi.
Langgan:
Catatan (Atom)













































